Majlis buka puasa Pemuda PKR ibarat pesta, Anwar minta maaf

Majlis buka puasa Pemuda PKR ibarat pesta, Anwar minta maaf

Majlis buka puasa Pemuda PKR ibarat pesta, Anwar minta maaf

DATUK Seri Anwar Ibrahim meminta maaf susulan kritikan ramai terhadap penganjuran majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersifat pesta.

Presiden PKR itu berkata, beliau menyedari bantahan, kritikan dan kekesalan yang dizahirkan ramai pihak berhubung cara penganjuran program tersebut.

“Kita terima sedikit bantahan dan kekesalan satu program dianjurkan oleh Pemuda PKR menyambut Ramadan iftar malam tadi dengan acara pesta-pestaan, lagu dan bunga api.

“Saya minta maaf ke atas keterlanjuran ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR hari ini yang turut disiarkan di Facebook.

Anwar bagaimanapun tidak memperincikan program yang dimaksudkan.
“Saya memberi teguran keras kepada Pemuda PKR supaya menghormati bulan Ramadan dan tidak menjalankan kegiatan yang menyimpang dari tradisi budaya Islam.

“Ketua Pemuda PKR menjelaskan program ini diselenggarakan oleh timbalan beliau dan saya minta Pemuda PKR supaya memperbaiki kelemahan ini,” tambahnya.

Sementara itu, dalam isu berasingan, Anwar dipetik Malaysiakini sebagai berkata, PKR sedang menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan berhubung dakwaan gangguan seksual melibatkan Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan.

Dalam mesyuarat hari ini, kata beliau, PKR juga memutuskan agar pimpinan pusat dan biro politik ditugaskan untuk menguruskan jentera kempen parti seluruh negara.
/
Bagi Sarawak, kata Anwar, jentera kempen PKR akan diterajui Menteri Kerja Raya Baru Bian yang akan dibantu pemimpin PKR lain iaitu Ali Biju, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan Xavier Jayakumar.

“Mereka akan memulakan tugas secepat mungkin untuk merangka strategi mengadakan rundingan dengan parti-parti komponen dan mempersiapkan satu jentera yang boleh berikan satu landasan yang cukup berkesan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak,” katanya.

 NewMalaysianPost.com.

Post a Comment

0 Comments