Bayi 8 Bulan Naik Walker Maut Digilis Treler

Bayi 8 Bulan Naik Walker Maut Digilis Treler

Bayi 8 Bulan Naik Walker Maut Digilis Treler
Penggunaan walker pada bayi perlu di pantau. Kealpaan sesaat boleh mengundang bahaya hingga boleh menyebabkan kemalangan.

Kes bayi dengan walker terlepas ke atas jalan ini wajar dijadikan pengajaran. Dalam kes yang terjadi di Soi Suksawat, Thailand ini bayi berusia 8 bulan maut digilis kenderaan berat iaitu treler 10 tayar.

 Ketika kejadian berlaku, walker dinaiki si kecil ini menggelongsor daripada ruang luar rumahnya ke atas jalan raya.

Pemandu treler kemudiannya turun daripada treler dan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah.

Awalnya, bayi ini telah dibiarkan berjalan menggunakan walker di hadapan rumah mereka yang terletak di tepi jalan. Disebabkan lokasi jalan yang curam, walker yang dinaiki bayi tersebut bergerak dengan laju ke bahagian tengah jalan. Ini menyebabkan treler berkenaan tidak dapat mengelak dan menggilis bayi  berkenaan.

Kejadian yang berlaku sekelip mata tersebut menimbulkan kejutan kepada orang ramai yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian.
                           


Sumber: Line Today

Post a Comment

0 Comments