KONTROVERSI rumah tangga Pencentus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan bekas isterinya, Ain Afini masih menjadi bualan netizen di laman sosial sejak 20 April lalu.
Terbaru, tindakan PU Abu memuat naik foto bersama bapanya dan membuka ruang komen di Instagram mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri.
"Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami. Sayu hati.
Antara komen netizen yang dibalas PU Abu.
"Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja," tulis beberapa netizen.
Namun pemilik nama Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ini tidak melatah sebaliknya dilihat turut membalas beberapa komen berbaur kecaman terhadapnya dengan tenang.
Pada salah satu komen ‘pedas’ yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas “okay” berserta emoji ciuman yang diertikan sebagai faham dengan mesej yang ingin disampaikan netizen.
Bukan itu sahaja, cara PU Abu membalas komen juga ditafsirkan netizen sebagai tidak matang.
"Tengok respon dah tahu tak bersedia lagi sebenarnya nak beristeri, berumah tangga. Sedih. Macam ni ke PU yang bawa gelaran agama tu.
PU Abu hanya akan mengeluarkan kenyataan jika mendapat kebenaran daripada bapanya.
"Macam mana orang tak pandang serong dekat agamawan zaman sekarang," tulis netizen.
Selain itu, netizen juga tidak ketinggalan menyindir PU Abu susulan laporan mStar sebelum ini bahawa dia hanya akan membuka mulut mengenai isu rumah tangga selepas mendapat kebenaran bapanya.
"Ayah suruh buka ruangkan komen ke?" tanya salah seorang netizen.
PU Abu sendiri seakan mempermain-mainkan isu berkenaan apabila cuba bergurau menerusi kapsyen posting tersebut.
"Oh terlupa nak cakap, saya akan buat sidang media bersama ayah saya pada 5/5 tapi tak tahu tahun bila…haha," tulisnya.
Kisah rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain dan orang ketiga, Hana Azraa (tengah) mendapat bualan hangat netizen.
Bagaimanapun, ruang komen tersebut telah ditutup selang beberapa minit dan kemudian dia juga mengambil langkah memadam foto berkenaan.
Isu rumah tangga Pu Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.
Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.
Selain itu, Ain juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.
Menerusi pertemuan wartawan mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah itu memberitahu dia dinasihatkan bapanya untuk tidak memberi sebarang kenyataan susulan.
0 Comments