Aliwajuwon ,Pembunuh Siti Khairina Di Tangkap.Ini Cerita Sebenar

Aliwajuwon ,Pembunuh Siti Khairina Di Tangkap.Ini Cerita Sebenar

Aliwajuwon ,Pembunuh Siti Khairina Di Tangkap.Ini Cerita Sebenar
KUALA LUMPUR - Seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang ditahan hari ini.



Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada jam 3 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan berkata lelaki itu cuba menyerang polis ketika ingin ditahan.


“Ya, berlaku pergelutan antara polis dan suspek ketika kami hendak menahannya...suspek akan direman esok,” katanya.

Terdahulu, awal pagi ini polis menahan dua individu iaitu seorang wanita Nigeria berumur 35 tahun dan seorang lelaki Pakistan berumur 38 tahun di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Ketua Jururawat, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, ditemui mati dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya. Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.


Siti Kharina, dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang. Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.-Bernama

Post a Comment

0 Comments