3 tahun berkahwin, isteri dedah Ammar Alfian curang ketika hamil 6 bulan?

3 tahun berkahwin, isteri dedah Ammar Alfian curang ketika hamil 6 bulan?

3 tahun berkahwin, isteri dedah Ammar Alfian curang ketika hamil 6 bulan?

Baru sahaja selesai isu rumah tangga penyanyi Aliff Aziz akibat berlaku curang, kini timbul satu lagi kisah mengenai pelakon Ammar Alfian.
Terbaru, isterinya Nelissa Nezam mendakwa pelakon itu berlaku curang setelah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu.
Pendedahan itu dilakukan menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping gambar alat ujian kehamilan memberitahu kandungannya mencecah usia enam bulan.
Menurut Nelissa, dia tidak menyangka akan menerima ujian hebat pada Ramadan apabila mendapat tahu suaminya menipu ketika dirinya sedang sarat hamil.

“This Ramadhan has tested me in ways I never thought I would be tested… Unfortunately I found out my husband of 3 years cheated on me while I was 6 months pregnant with his child,” tulisnya.

Nelissa berkata, dunianya seakan-akan gelap seketika setelah mendapat tahu mengenai perkara tersebut namun bersyukur apabila mendapat kekuatan dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

“When I found out, it felt like my whole world had come crashing down and that I would not have the will to get through it. Thankfully I’m finding the strength in me through the support of close family and friends,” katanya.

Tambah Nelissa, dia tidak percaya telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan kerana sanggup bertindak sedemikian.
Walau bagaimanapun, dia percaya bahawa semua berlaku mempunyai sebab dan Allah sudah merancang yang terbaik buat dirinya serta bayi dalam kandungan.

“I never knew I was married to someone that is capable of such a heartless act. But I believe that everything happens for a reason and that Allah has better plans for me and my baby” ujarnya beserta tanda pagar #singlemother.

Selain menerima pelbagai komen supaya dirinya tabah menghadapi dugaan itu, difahamkan dia juga sudah memadam gambar-gambar bersama suaminya di Instagram.
Walau bagaimanapun, Ammar masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini kepada umum.
Sumber : Nelissa Nezam

Post a Comment

0 Comments