DUCHESS of Sussex Meghan Markle sepatutnya bersalin pada Ahad, lapor The Sun.
Namun tiada tanda-tanda Meghan akan melahirkan bayi sulungnya itu hari ini.
Meghan dan suaminya, Putera Harry dalam keadaan bersiap sedia tetapi tenang menanti kehadiran anak sulung mereka yang bakal lahir pada bila-bila masa.
Putera Harry dilihat masih menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada peserta London Maraton pada Ahad.
Meghan, 37, pula tidak kelihatan dan dipercayai berada di rumah mereka.
Ibunya, Doria Ragland sentiasa menemaninya di kediaman pasangan itu di Frogmore Cottage, Windsor sejak lebih seminggu lalu.
Meghan masih belum menunjukkan tanda-tanda bersalin.
"Ia tidak lama lagi. Meghan amat teruja. Sudah tentu dia gemuruh seperti ibu yang pertama kali bersalin tetapi dia dan Harry tidak sabar.
"Dia sedang mempersiapkan diri untuk detik paling indah itu. Dia mahu bersalin secara normal dan mempelajari teknik hynobirthing bersama dengan Harry," kata sumber.
The Sun difahamkan Meghan mahu tinggal di rumah mereka selepas dia bersalin tetapi persekitaran yang paling selamat adalah di hospital.
Dalam pada itu, Hospital Frimley Park di Surrey yang hanya 30 minit dari kediaman pasangan tersebut kini berada dalam keadaan siap sedia.
"Rancangan tidak berubah. Meghan sudah jelas mengenai apa yang dia mahukan. Dia menerima nasihat perubatan setiap hari.
Ibu Meghan dilihat berada di kediaman pasangan itu sejak lebih seminggu lalu.
"Dia dan Harry amat fleksibel dan akan dibimbing pasukan mereka. Sebaik sahaja Meghan bersalin, dia mahu tinggal dirumahnya untuk tempoh yang lama.
"Namun jika sebaliknya berlaku, dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Terdapat perkara yang sukar kita jangka semasa proses bersalin," kata sumber.
Sehingga hari ini, Meghan dan Putera Harry masih merahsiakan jantina anak sulung mereka itu.
Namun Meghan dilaporkan memberitahu rakan-rakannya semasa parti baby shower di New York bahawa dia akan melahirkan bayi lelaki. - The Sun
0 Comments