Baru 4 bulan kahwin, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan mahu bercerai

Baru 4 bulan kahwin, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan mahu bercerai

Baru 4 bulan kahwin, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan mahu bercerai

PERKAHWINAN pasangan Priyanka Chopra dan penyanyi Nick Jonas yang dibina empat bulan lalu dilaporkan sedang bergolak.
Berita mengejutkan itu pertama kali dilaporkan oleh OK! Magazine yang mendakwa pasangan itu juga sudah bersedia untuk bercerai selepas tiada lagi perasaan cinta di antara mereka.
Dalam laporan itu juga menyebut pasangan itu didakwa sering bertengkar tentang pelbagai perkara selain Priyanka dikatakan bersikap mengawal suaminya itu.
"Mereka bergaduh tentang semua perkara... Nick dan Priyanka sebenarnya terburu-buru apabila mereka berkahwin dan mereka kini dalam keadaan tidak keruan.
Priyanka Chopra dan Nick Jonas berkahwin pada 1 Disember tahun lalu. 
"Sebelum ini Nick hanya nampak sifat isterinya yang lemah lembut namun selepas berkahwin baru dia nampak sikap baran dan mengawal isterinya.
"Ia satu kejutan buat Nick yang tidak disedarinya sebelum ini," kata sumber terdekat pasangan itu seperti dilaporkan India Today. 
Sementara itu, keluarga Nick juga merayu agar Nick menamatkan hubungannya dengan Priyanka kerana merasakan pelakon terkenal Bollywood itu seorang yang keanak-anakkan.
"Mereka ingat Priyanka seorang wanita matang dan sudah bersedia untuk memulakan sebuah keluarga serta mendapat cahaya mata namun kini mereka merasakan dia seperti seorang remaja yang masih mahu berparti," katanya lagi.
Nick, 26, dan Priyanka, 36, berkahwin pada 1 Disember tahun lalu dan mereka sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Julai hanya selepas dua bulan bercinta.

Post a Comment

0 Comments