Isteri kepada pelawak dan pelakon terkenal Muhamad Fadzlie atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey, Nur Syahirah tarik perhatian netizen apabila mempamerkan gambarnya berhijab beberapa minggu lalu.
Kata Syahirah dia tekad dengan keputusan itu apabila sering diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
Hidayah itu milik Allah, siapa sangka petunjuk yang diberikan Allah s.w.t menyerap masuk ke lubuk hati seseorang sehingga memiliki kekuatan dan mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan diri demi kepentingan hidup di akhirat.
Syahirah dalam satu posting Instagram miliknya berkongsi pengalaman diberi petunjuk melalui mimpi tentang hari kiamat.
Bermula episod baru ,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi .sebenarnya niat dah lama .dan dah lama sy kumpul tudung tapi biasala iman kita turun naik, kadang tengok org cantiknya bertudung.
Tapi bila pakai rasa mcm tak yakin mashaAllah bukan mudah istiqamah tu .tapi satu masa tu hampir setiap hari,sy selalu dlm keadaan resah.
Kalau kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mana sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu satu tinggalkan sy. Saya selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir.
Sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima, saya mimpi sy mati tinggalkan anak2. Bila bangun rasa sedih rasa sayu sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2, siapkn anak2 pegi school, hantar school, balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar. Tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain). Anak2 sapa yg akan uruskan?
Takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya. Lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan. Pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat, dan banyak mata yg pandang pelik. Tapi abaikan sbb Allah tau niat kita. Lepas solat sy akan baca alquran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri.
Sya selalu refer kwn2 salah sorangnya @syashamsul. Dia slalu ckp slow slow bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik. Takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu.
Takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu. Satu ceramah yg sy dgr dri youtube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yg dpt bimbing sy. Ramai sgt yg dm yg whatsapp, semuanya bgi semangat.
Taktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya. 19 Jan hari first sy bertudung sepenuhnya. Satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang. Rasa luas, rasa lega. Doakan sy terus istiqamah.
0 Comments