Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan sedang bermasalah.
Rumah tangga mereka dikatakan goyah selepas netizen perasan kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama mahupun mengucapkan kata-kata cinta. Malah, Sharnaaz sering dilihat memuat naik kapsyen seakan dalam kesedihan.
Hasil ‘siasatan’ netizen juga mendapati mereka suami isteri tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di akaun Instagram. Bukan sahaja isterinya, Sharnaaz juga sudah berhenti mengikuti akaun Instagram ibu mertuanya serta adik beradik iparnya seperti Neelofa dan Ameera Khan.
Tentunya ia menimbulkan pelbagai persoalan adakah mereka masih tinggal sebumbung ataupun tidak.
Menerusi akaun Instagram @makcik_puaka, ada individu mendedahkan Sharnaaz dan Nabila hadir untuk berjumpa dengan pihak kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Meskipun spekulasi mengenai status rumah tangga mereka sudah hangat diperkatakan, kedua-dua pihak masih belum memberikan penjelasan lanjut. Kalau bergaduh sikit-sikit itu memang asam garam dalam kehidupan rumah tangga dan kami harap mereka berdua baik-baik sahaja.
Sumber Berita : Instagram Mak Cik Puaka via beautifulnara.com
Biodata Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad merupakan pelakon yang mula meningkat naik di Malaysia. Sharnaaz Ahmad Mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Cinta Bukan Kristal (TV3).
Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Sharnaaz Ahmad . Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pelakon ini.
Biodata Sharnaaz Ahmad Pelakon Lelaki Malaysia
NAMA PENUH : Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad
NAMA PANGGILAN : Sharnaaz Ahmad
UMUR : 33 Tahun (2018)
ASAL : Pulau Pinang
SENARAI FILEM/DRAMA : Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Suamiku Encik Sotong, Mr. Hijab, Cinta Bukan Kristal
SENARAI LAGU :===
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sharnaazahmad/
FACEBOOK : ==
TWITTER : https://twitter.com/SharnaazAhmad?lang=en
LATAR BELAKANG : Selepas Beliau menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan
PEKERJAAN : Pelakon dan Model
MULA DIKENALI : Pada Tahun (2017)
STATUS : Berkahwin
0 Comments