BERASAL dari Amerika Syarikat (AS), sudah tentu Meghan Markle bertutur dalam loghat bahasa Inggeris negara itu.
Namun, pakar pengucapan yang mengkaji video Meghan mendakwa isteri kepada Putera Harry itu sudah pun mula bertutur dalam bahasa Inggeris loghat British.
Ujarnya, bekas pelakon berusia 37 tahun itu banyak menggunakan fonetik British terutamanya sewaktu berucap atas kapasitinya sebagai kerabat diraja.
"Dia membangunkan gaya pengucapan baharu sekarang.
"Ini adalah situasi yang membuka ruang untuk dia dikritik oleh orang awam.
"Tetapi ia sebenarnya memberi manfaat kepada Meghan. Dia kedengaran lebih British dan aristokrat," ujar Marisa Brook, pakar linguistik dari Universiti Toronto.
Selain itu, pakar fonetik, Dr Geoff Lindsey menyifatkan Meghan mula mengubah gaya menyebut perkataan sejak berkahwin dengan Harry.
"Dia mempunyai status dalam sosial, dia harus bertemu ramai orang. Pertuturan dengan loghat British membolehkan dia memberi impresi kepada orang yang ditemuinya.
"Kebolehan ini sangat membantu Meghan. Tapi orang British sukar nak terima jika dia tiba-tiba kedengaran seperti berasal dari EastEnders, atau bertutur macam Permaisuri," ujarnya lagi.
0 Comments