Buka Tudung,Uqasha Senrose Tak Layak Nasihati Emma Maembong

Buka Tudung,Uqasha Senrose Tak Layak Nasihati Emma Maembong

Buka Tudung,Uqasha Senrose Tak Layak Nasihati Emma Maembong

PELAKON Uqasha Senrose yang pernah terpalit dengan isu membuka tudung merasakan dia tidak layak untuk memberi sebarang nasihat kepada Emma Maembong yang berhadapan isu serupa.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 27, berkata dia tahu Emma seorang wanita yang kuat namun dia mendoakan aktres itu tabah mengharungi dugaan selepas ni.
“Sejujurnya saya tidak layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada Emma. Itu adalah keputusannya dan setiap keputusan yang dibuat mesti ada sebab tersendiri.
“Saya tahu dia seorang yang kuat.  Apa yang boleh saya katakan dia kena sentiasa kuat dan tabah untuk menempuh apa sahaja dugaan selepas ni,” kata Uqasha kepada mStar Online.

Uqasha ditemui ketika majlis memperkenalkan dia sebagai duta produk C Clean Pearl Serum di Hotel Grand Millinieum, Kuala Lumpur pada Selasa.
Gaya terbaharu Emma Maembong
Uqasha mengambil keputusan untuk membuka tudung pada Ogos 2016 selepas tiga tahun berhijab.
Pada hujung Januari lalu, Emma Membong mengambil langjkah serupa selepas lima tahun bertudung.
Dalam pada itu, Uqasha berharap netizen berhenti mengaitkan dia dengan isu Emma kerana mereka mempunyai sebab yang berbeza biarpun melakukan perkara yang sama.

Masing-masing ada bahagian ujian yang berlainan. Saya dah lalui perkara itu dan ia tidak perlu diungkit kembali.

UQASHA SENROSE

PELAKON

“Saya harap semua orang berhenti kaitkan saya dengan isu Emma buka tudung dengan benda-benda yang lepas. Benda tu mengarut nak kaitkan benda yang dah lalu dengan sekarang.
“Kesilapan itu dilakukan sendiri oleh dia dan saya juga melakukan kesilapan atas diri sendiri juga. Bukan disebabkan sesiapa pun.
“Masing-masing ada bahagian ujian yang berlainan. Saya dah lalui perkara itu dan ia tidak perlu diungkit kembali,” ujarnya.
Selepas kontroversi foto tidak berhijab bersama abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah tersebar, Emma akhirnya memilih untuk tidak lagi berhijab.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.

Post a Comment

0 Comments