Anak Terjatuh Tertusuk Pisau, Ibu Dedah Cerita Sebenar

Anak Terjatuh Tertusuk Pisau, Ibu Dedah Cerita Sebenar

Anak Terjatuh Tertusuk Pisau, Ibu Dedah Cerita Sebenar

“SARA minta susu dengan saya. Masa itu saya sedang buai anak yang bongsu di bahagian dapur dan suruh dia tunggu sekejap.

“Dia terus lari ke arah neneknya yang ada berhampiran untuk minta buatkan susu, malangnya ketika berlari dia terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh atas lantai,” kata Hana Mazlan, 27, ibu kepada Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau, hari ini.

Dalam kejadian di rumah ibu bapanya di Parit Telok Pial, Kuala Kurau, dekat Ipoh, 9.30 pagi tadi, mangsa tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) di bahagian kiri perut yang terbenam hingga paras hulu pisau.

Menurut Hana, ketika kejadian anak keempatnya daripada lima beradik itu baharu sahaja selesai mandi dan tidak sempat memakai lampin pakai buang dan pakaian lagi.



“Sebaik terjatuh Sara terus menangis kuat dan saya terus lari dapatkannya serta meribanya namun masa itu saya tidak nampak pisau tertusuk di perut kirinya.

“Bila saya usap badannya barulah terasa hulu pisau yang warnanya sama dengan warna kulit anak.

“Tiada darah yang keluar dari tusukan itu, namun ibu mentua saya yang mungkin panik terus mencabut pisau berkenaan dan Sara daripada merengek terus senyap,” katanya 

ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, hari ini.
Menurutnya, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke klinik berhampiran, namun anaknya sudah tiada pergerakan ketika iti dan pihak klinik terus menghantar anaknya ke Hospital Parit Buntar yang kemudian mengesahkan anaknya itu sudah tiada lagi.

Sementara itu, suaminya Supian Samsuri, 42, berkata, ketika kejadian dia berada ditempat kerja di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Bahagian Jentera (PPNJ) Perak Utara di Titi Serong, Parit Buntar.

“Sebaik dimaklumkan saya terus ke hospital namun anak saya disahkan sudah meninggal dunia.

“Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun pagi tadi anak saya yang sulung dan kedua menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai,” katanya.

Sufian yang bekerja sebagai pemandu traktor berkata, dia reda akan pemergian anaknya itu yang sejak kebelakangan ini cepat merajuk dan meragam jika tidak dapat apa yang dimahukannya.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Parit Telok Pial untuk urusan pengebumian yang dijangka akan dibuat pagi esok.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Terima kasih pada yang mendoakan untuk anak adik saya…Kami sekeluarga REHDA atas apa yang berlaku..

Nk kata cuai krg kena kecam…byk dh kes babitkn kanak2 ni…sedih la
 Inalillahiwainnailaihiraji’un salam takziah buat keluarga adik kecil..

Tengok… mak bapak yg jaga sendiri pun boleh jadi kemalangan… kalau pengasuh… yg jaga… kalau benda nk jadi mmg tak boleh nk ubah… sbb tu jgn salahkan pengasuh… kadang2 dia jaga… penuh ikhlas.. tapi benda ni jadi… semua ketentuan Allah… kalau yg dera lain la….

Ya Allah….kuatkan hati dan semangat keluarga ini…saya x boleh bayangkan ketika pisau tuu di cabut…gembira lah anak bermain di taman syurga…tunggu ibubapa mu sayang


Post a Comment

0 Comments