Tukang uli chapati jarinya berkudis

Tukang uli chapati jarinya berkudis

Tukang uli chapati jarinya berkudis

LAGI isu berkaitan kedai mamak tular di media sosial. Kali ini berkaitan pekerja tukang uli chapati dari India di salah sebuah kedai mamak yang tidak mementingkan kebersihan, di mana jari telunjuknya dilihat berkudis dan kemerah-merahan.

Gambar itu menjadi tular di media sosial selepas dibuat naik oleh Aidil Nezam menerusi akaun Facebook miliknya.


 Jari berkudis

"Siapa suka lepak mamak? Ni ha untuk tatapan korang semua, tukang uli capati ni datang dari India (warga asing), tengok jari dia ada luka berkudis,"

"Kalau dia ada penyakit tibi ke HIV ke atau wabak penyakit yang berjangkit ke kita mana tahu pakai makan je, kerja dahlah tak pakai glove dan apron, ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi," tulisnya.

Kejadian itu katanya berlaku dalam satu serbuan yang dibuat di salah sebuah kedai mamak petang semalam.

Aidil turut mengirim gambar bagaimana seorang fotografer sedang mengambil gambar jari berkudis pekerja berkenaan.

Tukang uli chapati jari berkudis

Post a Comment

0 Comments