Ahli keluarga dan sahabat tidak dapat menahan perasaan ketika mereka menyanyikan lagu 'Bertemu dan berpisah' dan mengungkapkan 'selamat jalan Moey Yun'. - Foto Astro AWAN
GEORGE TOWN: Mayat pemandu SUV Mazda CX5, mendiang Moey Yun Peng, yang maut dalam kemalangan dengan kenderaan lain di KM 4.0 di Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas sempurna dibakar dan disemadikan di Krematorium Berapit, Bukit Mertajam jam 11.45 pagi Khamis.
Suasana pilu menyelubungi pusat pembakaran mayat sebaik jasad mendiang tiba kira -kira jam 11.30 pagi diiringi saudara lelaki dan perempuan mendiang.
Ahli keluarga dan sahabat tidak dapat menahan perasaan ketika mereka menyanyikan lagu
'Bertemu dan berpisah' dan mengungkapkan 'selamat jalan Moey Yun' pada upacara penghormatan terakhir itu.
0 Comments