Tragedi SUV....Sesuatu Terjadi Yang Sukarkan Pasukan SAR..

Tragedi SUV....Sesuatu Terjadi Yang Sukarkan Pasukan SAR..

Tragedi SUV.... Terjadi Yang Sukarkan Pasukan SAR..

Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.
“ Sebaik turun dalam laut, memang tidak nampak apa-apa namun bila saya dekatkan mata baru nampak yang ia sebuah kereta.
“ Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.
Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.
“ Selepas itu, saya terus membuat ‘marking float’ dan naik semula ke atas untuk berbincang bagaimana cara membawa naik kenderaan itu.
“Selepas persetujuan dicapai oleh semua agensi, jadi kita bersetuju menaikkan kenderaan terbabit menggunakan kren,” katanya.
Lihat video di bawah :

Polis kenal pasti pemandu kenderaan terjunam ke dalam laut

Polis telah mengenal pasti identiti pemandu kereta yang terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad.
Menurut polis, m4ngsa, telah dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20 tahun, seorang pelajar kolej swasta.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pengesahan dibuat oleh pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan jenis SUV Mazda CX-5 itu selepas tampil membuat laporan polis pada jam 5 petang Ahad.
Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anak lelakinya yang memandu kereta jenis sama tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.
Berdasarkan maklumat dari rakan anaknya, kemungkinan anaknya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terjunam ke dalam laut.
Nik Ros Azhan berkata sehingga kini pihak polis sudah merakam percakapan seramai tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kemalangan berkenaan.
Menurut rakan mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di George Town.
Sementara itu, seorang saksi bebas yang melihat kejadian tersebut telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis.
Nik Ros Azhan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi Ahad sebuah kereta berwarna putih terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dengan kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 4.0 di Jambatan Pulau Pinang.
Pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Jom Lihat apa Kata Netizen :
Ngape tak sediakan bot tunda yg ada pelantar.. boleh lah tunda kereta tu ke tepi dari nak dibawa naik susah.
Yg komen tu cuba ko ambik tugas wartawan. Blh buat x? .. main nk pedas je komen tu. Gna otak skit cik kak dgn encik abg ooi..
cuba jangan goyang2 ka sama pemandu vios hitam juga goyang dok diam boleh tk….
Deep condolences for the family . Thniah utk yg terlibat
“ SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.
Sumber dari Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments