TERSEBAR rakaman video Najib Razak cuci tangan guna "sanitizer" selepas bersalam dengan penyokong

TERSEBAR rakaman video Najib Razak cuci tangan guna "sanitizer" selepas bersalam dengan penyokong

TERSEBAR rakaman video Najib Razak dilihat mencuci tangan guna "sanitizer" TERSEBAR


rakaman video Najib Razak dilihat mencuci tangan guna "sanitizer" selepas bersalaman agak lama dengan salah seorang lelaki memakai vest Barisan Nasional.

 Lelaki itu dipercayai penyokong BN.

Berdasarkan baju yang dipakai oleh Najib, video berkenaan dipercayai dirakam ketika bekas perdana menteri itu turun berkempen untuk calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland kelmarin.

Tidak dapat dipastikan kenapa Najib sampai perlu menggunakan "sanitizer" untuk mencuci tangannya pada ketika itu.

Mungkin itu memang tabiat biasa seorang anak bangsawan seperti Najib yang begitu alergik dengan kuman, begitu menjaga kebersihan sampai perlu membasuh tangan gunakan "sanitizer" setiap kali bersalam dengan para penyokongnya.

Apa pun perkara itu dilihat telah memberikan persepsi buruk kepadanya, seolah-olah dia merasa jijik bersalam dengan penyokong-penyokong bawahan.


Post a Comment

0 Comments