Tangkal azimat dijual makan tuan!

Tangkal azimat dijual makan tuan!

Tangkal azimat dijual makan tuan!

Seorang lelaki menerima padah apabila tangkal azimat yang dijualnya dan didakwa mampu menangkis sebarang serangan akhirnya membawa kecelakaan kepada diri sendiri.

Insiden itu berlaku Jumaat lalu di Thailand, apabila Nai Atchawanit, 30, seorang penjual jalanan telah menjual tangkal azimat tersebut kepada seorang sami Buddha.

Sambil memakai tangkal tersebut, dia mendakwa tangkal itu mempunyai kuasa yang boleh menangkis sebarang serangan.

Sami bernama Phrachakasem yang tidak bersetuju dengan dakwaan Atchawanit, kemudian bertindak menikam kepala dan leher mangsa menggunakan pisau bagi membuktikan kata-kata penjual itu hanya omong kosong.

Akibatnya, mangsa bermandi darah dan akhirnya rebah sebelum dibantu seorang pelancong warga asing yang kebetulan berada di tempat kejadian, lapor Dailymail.

Ketika ditahan, sami terbabit berkata, mangsa sendiri ‘mendorongnya’ untuk bertindak sedemikian bagi membuktikan kekuasaan tangkal yang dipakainya.

Post a Comment

0 Comments