Susuk Keluar Sendiri Kerana Amalan Mengaji Dan Solat

Susuk Keluar Sendiri Kerana Amalan Mengaji Dan Solat

Susuk Keluar Sendiri Kerana Amalan Mengaji Dan Solat

Siapalah kita untuk menilai seseorang, perwatakan atau fizikal orang lain bukanlah tiket untuk kita menjatuhkan hukuman. Serahkan sahaja pada Allah yang Maha Kuasa kerana DIA lebih Mengetahui segalanya.
Sejak kecil Salleh memang cenderung dengan sifat wanita. malah kawan Salleh juga ramai dikalangan kanak-kanak perempuan. Sewaktu kecil, Salleh suka mencuba pakaian dan alat solek kepunyaan ibunya. Dia suka berangan memakai pakaian wanita dan menggayakan  dengan muka dioles mekap di depan cermin.
Meningkat usia, Salleh terus selesa dengan perwatakan wanita yang dibawanya. Malah ketika dewasa dia terus hanyut dan menjadi seorang mak andam yang cukup dikenali ramai. Penampilannya terus bertukar dan dikatakan memakai susuk untuk pendinding diri serta kecantikan abadi. Rata-rata rakannya di kalangan mak nyah yng bekerja sebagai mak andam Ini membuatkan Salleh terus hanyut dalam dunia barunya. Dia turut dikenali dengan nama Sally, sekali pandang, memang tiada yang menyangka Sally itu seorang lelaki.
Sally memang cukup terkenal di serata negeri kelahirannya. Dandanannya memang menjadi buah mulut orang dan cukup disenangi oleh semua orang. Malah Sally juga mempunyai teman lelaki yang tinggal sebumbung bersamanya. Kehidupan Sally memang sangat bebas, sementelah lagi ayah dan ibunya sudah tiada. Bukan abang dan adik-beradik yang lain tak pernah menegur, tapi itu semua tak pernah Sally hiraukan. Penampilan dan perwatakan Sally menjadi buah mulut kejiranan mereka, sampaikan ada ketikanya adik-beradik Sally sendiri malu dengannya. Walaupun begitu Sally tetap menjalinkan hubungan baik dengan keluarganya yang lain kerana dia sedar hanya mereka yang dia ada.
Berubah Selepas Bergelar Haji
Namun mungkin sudah ditakdirkan Tuhan, apabila DIA berkehendakkan sesuatu, maka berlakulah ia. Walaupun Sally berperwatakan dan penampilan seperti perempuan, masih ada terselit iman di dada. Dia tak lupa untuk menabung dalam akaun Tabung Hajinya setiap bulan. Tiba masa namanya dipanggil untuk menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji. Walaupun pada mulanya dia seakan teragak-agak untuk memenuhi jemputan Haji tersebut, tapi akhirnya Sally akur dan bermulalah episod baru dalam hidupnya. Sejak pulang dari Haji, Sally mula berubah sedikit demi sedikit. Kalau dahulu penampilan perempuan jadi pilihan kini dia lebih selesa mengenakan jubah lelaki berwarna putih. Terus dia menukar kembali nama asalnya Salleh yang diberi oleh arwah ibu dan ayahnya.
Sejak itu juga setiap kali masuknya waktu solat, Salleh sering ke masjid sembahyang berjemaah. Dia belajar mengaji dengan guru-guru di kawasan rumahnya sehingga berjaya khatam. Malah Salleh juga menjadi guru mengaji kepada anak-anak kecil yang tinggal berjiran dengannya. Kehidupan Salleh memang berubah 360 darjah. Salleh tinggalkan dunia lamanya sebagai seorang yang bergelar mak nyah. Kini hidupnya didedikasikan untuk beribadat dan berbuat kebaikan. Ada juga yang bercerita susuk yang pernah dipakai oleh Salleh keluar sendiri kerana Salleh sering mengaji dan rajin solat.
Umur hampir separuh abad, Salleh pergi bertemu Sang Pencipta, pengakhirannya juga cukup mulia. Salleh meninggal dunia ketika mengambil wuduk di salah sebuah masjid yang terkemuka di ibu kota ketika menghantar anak buahnya mendaftar untuk kemasukan Universiti di sana. Urusan pengembumiannya juga cepat dan lancar, menurut semua yang membantu menguruskan jenazah, jenazah Salleh ringan dan berbau wangi. Sungguh mulia Salleh di akhir hayatnya meskipun dahulu pernah hanyut dalam dunia materialistik.
Jadi jangan mudah menilai orang lain dari segi luarannya, kerana kita sendiri tidak tahu bagaimanakah pengakhiran kita kelak. Jaga diri, jaga akhlak dan buatlah amal kebaikan walaupun sebesar zarah untuk sebuah pengakhiran yang mulia di sisi Allah Yang Maha Esa.

Post a Comment

0 Comments