Suami Kantoi guna aset Jabatan Perhutanan Pahang,ISTERI PUN TURUT MENGAMUK

Suami Kantoi guna aset Jabatan Perhutanan Pahang,ISTERI PUN TURUT MENGAMUK

Suami Kantoi guna aset Jabatan Perhutanan Pahang,ISTERI PUN TURUT MENGAMUK

Tengku Zulpuri Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata dia ada hak guna kenderaan rasmi jabatan. Kuasanya. Dia berang kerana di 'kantoikan'.
 Turut sama mengamuk ialah isterinya Puan Aida Ross yang sering campurtangan tugas suami di kementerian
Tengku Zulpuri Timbalan Menteri dan isteri Puan Aida Ross menyerang petugas BN kerana 
mendedahkan salahlaku penyalahgunaan aset kerajaan dalam kempen PH
Selepas ‘kantoi’ dua lelaki memakai baju parti politik Pakatan Harapan menggunakan kenderaan kerajaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kini tular pula video Tengku Zulpuri Shah Raja Puji Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengamuk kepada sekumpulan penyokong BN kerana mendedahkan salahlaku PH menyalahgunakan kenderaan jabatan.
Sebelum ini Fuziah Timbalan Menteri JPM menafikan PH menggunakan jentera kerajaan dalam kempen PH.

Dilaporkan penyokong BN sebelum ini bertindak menahan pacuan empat roda itu dan menanggalkan logo PH di badan kereta bagi membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Dalam rakaman video itu, Tengku Zulpuri mengakui mereka (penyokong BN) ada hak untuk mencari bukti (PH salah guna harta kerajaan untuk berkempen) tetapi mereka tiada hak untuk menahan dan mengoyakkan bendera yang disifatkannya sebagai perbuatan kurang ajar.

"Cari (bukti) boleh, tapi awak tak boleh koyak macam gitu, awak tak boleh buat kurang ajar," katanya kepada salah seorang penyokong BN dalam video berkenaan.

Tambahnya lagi, mereka (penyokong BN) juga boleh ambil gambar kenderaan dan nombor pendaftaran untuk membuat laporan (kepada SPR).

Sumber memaklumkan terdapat 5 buah kenderaan jenis pacuan 4 roda dinaiki oleh jentera PH sebelum ini dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atas tujuan kerja namun sebaliknya digunakan untuk kempen PH. Walaubagaimanapun satu kenderaaan itu telah ‘dikantoikan’.
Susulan itu Tengku Zulpuri bersama pengikutnya menyerang petugas BN itu. Sekalipun Timbalan Menteri itu berbuat salah beliau sedikitkan tidak menunjukkan rasa salah atau meminta maaf atas kekasarannya.





Apabila isteri jadi kaki kontrol suami. Ke mana suami pergi dia ikut dan campur kerja suami. Mengamuk pun isteri ikut sama dengan suami
Video itu juga menunjukkan Timbalan Menteri DAP itu meninggikan suara bertindak kasar dan dibantu isterinya Puan Aida Ross turut mengapikan suami dan sesekali 'acah-acah' menyerang petugas BN itu.
Kerana 'kantoi' Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak mengarahkan  kerajaan negeri menarik balik kenderaan yang dipinjamkan kepada kerajaan Pusat sebelum ini.
Dr. Sallehuddin berkata, arahan penarikan balik kenderaan milik jabatan terbabit dikeluarkan bagi mengelakkan isu lebih besar.
Dua laporan polis telah dibuat oleh calon BN Ramli Mohd Noor berhubung salah laku penyalahgunaan jentera kerajaan itu dalam kempen PH di PRK Cameron Highland.
Sebelum ini di pejabat Timbalan Kementerian Air, Tanah dan Sumber  Tengku Zulpuri terkenal dengan sikap isterinya Puan Aida Ross yang mencampuri urusan kerja suaminya di kementerian kini dalam episod Tengku Zulpuri menyerang petugas BN Puan Aida Ross juga terlibat.
Salah satu sikap campurtangan isteri Timbalan Menteri ini dalam kerja suami. Kadang dia masuk dalam mesyuarat kementerian seperti punya kuasa





Post a Comment

0 Comments