Sebab Musabab Orang Cina Sembah Patung Melayu

Sebab Musabab Orang Cina Sembah Patung Melayu

Sebab Musabab Orang Cina Sembah Patung Melayu

Hal ini sudah mula maklum dikalangan masyarakat kita, antara salah satu kepercayaan masyarakat Cina adalah mereka percaya kepada penyembahan Na Tuk Kong atau Datuk Kong.

Datuk Kong adalah patung sembahan yang paling banyak disembah oleh orang Cina khusus di Nusantara.

 Dapat dilihat, hampir kesemua rumah orang Cina yang menganut Taoisme akan memiliki Datuk Kong dengan pelbagai ukiran dan bentuk diletak di hadapan rumah dan kedai mereka.

 Ia dikenali sebagai dewa tempatan yang menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan dan kesihatan.

                                    Image may contain: one or more people, shoes and indoor
Cara untuk mengenali Datuk Kong adalah dengan melihatnya diluar rumah orang Cina, terdapat sebuah ‘shrine’ kecil berbentuk rumah berwarna merah atau kuning dan diletakkan limau dan nenas beserta colok di hadapanya. Di dalam rumah kecil ini akan didapati adanya patung-patung kecil kebiasaanya adalah orang melayu.

Konsep terbentuk Datuk Kong ini adalah hasil gabungan (sinkretisme) di antara kepercayaan animisme orang Melayu terdahulu (memuja Datuk Keramat) dengan kepercayaan orang Cina yang menyembah Tudi Gong (satu dewa penjaga Kawasan yang sedia ada di dalam kepercayaan cina dahulu) lalu asimilasi dari kepercayaan ini membentuk konsep kepercayaan Datuk Kong yang rata-rata adalah orang melayu yang telah meninggal dunia.

Bagi orang Cina, keramat atau kemuliaan dihubungkaitkan dengan makhluk setempat. Makhluk ini dipercayai mengawal gerak kuasa yang tidak dapat dilihat di dalam sesuatu kawasan. Ia disembah sebagai makhluk setempat dan melahirkan konsep roh setempat.

                                Image may contain: 1 person, standing and indoor
Mengikut kepercayaan orang Cina, keramat memerlukan pemujaan dari manusia. Keramat berasal daripada roh si mati yang dihormati semasa hidupnya samada beliau adalah seorang guru silat, orang yang kaya, orang baik, orang alim, dan ulama. 

Mereka tidak mengira samada orang-orang itu dari kalangan yang berlainan agama denganya kerana mereka hanya melihat akhlak dan moral seseorang yang dihormati itu. Meraka percayai bahawa roh tersebut menjelma dalam bentuk ghaib atau keramat yang boleh membantunya.

Ini kerana asas dalam kepercayaan cina juga, mereka percaya manusia boleh menjadi dewa atau tuhan jika dia dilantik oleh Maharaja Jed di langit setelah dia meninggal.
Jonathan Chamberlain mencatatkan bahawa tuhan orang Cina itu seramai 19 tuhan. 

Antaranya ialah Kuan Ti (God of War), Pak Tai (Emperor of theNorth), The Purple Plant, Kuan Yi (Hearer of Cries) dan Monyet (Great Sage Equalto Heaven)

Berdasarkan sistem bentuk birokrasi, orang Cina memuja tuhan yang bawah atau tanah, iaitu yang ada hubungan dengan mereka, seperti Datuk Kong. Mereka meyakini bahawa Datuk Kong memelihara dan menjaga keamanan kawasan mereka dan dapat memberi kebaikan kepada mereka. Adapun tuhan-tuhan lebih tinggi seperti yang dinyatakan oleh Jonathan Chamberlain itu kurang diberi perhatian oleh masyarakat Cina.

Begitu juga dengan isu Datuk Kong yang merupakan salah satu cara mereka berdoa untuk mereka mendapatkan kebaikan dari rohnya. Dengan bertawasul dengan roh orang-orang alim dan baik.

Kesimpulan

Sebab itu jangan pelik jika dilihat sebahagian masyarakat cina menyembah patung-patung melayu dan India samada dikalangan sultan, dato, ahli politik dan bermacam lagi.

 Ia adalah bentuk kepercayaan yang telah diinovasikan setelah abad ke 19 M.

Post a Comment

0 Comments