Rizalman kongsi pengalaman 15 tahun jadi tukang jahit Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah

Rizalman kongsi pengalaman 15 tahun jadi tukang jahit Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah

Rizalman kongsi pengalaman 15 tahun jadi tukang jahit Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah

PEREKA fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi rasa teruja dan gembira dengan pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Khamis.
Rizalman berkata, beliau juga terharu apabila diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai 'tukang jahit' buat baginda Sultan dan isteri, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersempena hari bersejarah itu.
"Pemilihan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah sejarah kerana pemilihan Baginda dibuat dalam tempoh singat selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lalu.
Hubungan Rizalman dan Tunku Azizah rapat sejak 15 tahun lalu.
"Sebagai seorang yang sudah bekerja rapat dengan Baginda sekeluarga saya amat gembira dengan pemilihan Sultan Abdullah dan sebenarnya ramai tidak tahu sudah 15 tahun saya mereka busana Baginda dan Tengku Ampuan Pahang," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Lafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 16 oleh Al-Sultan Abdullah diadakan di Istana Negara.
Bercerita detik manis bersama keluarga di raja itu, Rizalman memberitahu beliau pertama kali melihat Tunku Azizah ketika Baginda muncul sebagai wajah muka depan sebuah majalah pada 1980-an.
Kata Rizalman ketika itu beliau kagum dengan pemilihan fesyen Tunku Azizah yang disifatkan sebagai ringkas namun mempunyai keistimewaan tersendiri.

Apabila Baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja.

DATUK RIZALMAN IBRAHIM

PEREKA FESYEN

"Ketika itu saya tertarik dengan pemilihan fesyen Baginda yang mengenakan baju kurung berkolar bulat selain bahagian bahu berkedut. Rantai mutiara yang dipakai juga melengkapkan gayanya.
"Pada era 1980-an fesyen ketika itu semuanya sangat luar biasa dan berlebih-lebihan namun pemilihan ringkas Baginda untuk majalah tersebut membuatkan Baginda mempunyai pesona tersendiri.
Sejak itu kata Rizalman, beliau memasang impian untuk bertemu dengan Baginda sekali gus menghasilkan pakaian untuknya suatu hari nanti.
Katanya, dia beruntung kerana impiannya itu menjadi kenyataan malah tidak menyangka hubungan mereka kekal akrab sehingga ke hari ini.
Rizalman turut mereka busana untuk lima puteri kesayangan Baginda.
"Ketika pertama kali bertemu dengan Baginda saya rasa seperti tidak percaya kerana sangat kagum dengannya malah saya cerita kepadanya tentang penampilannya menerusi majalah tersebut.
"Saya beritahu kepada Baginda kolar bulat dan bahu berkedut adalah lambang dirinya dan sehingga ke hari ini saya masih mengekalkan elemen itu dalam setiap pakaian yang saya hasilkan buat Baginda.
"Apabila Baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja," ujarnya.
Tunku Azizah terkenal sebagai anak raja berjiwa rakyat apabila sering mencemar duli untuk turun padang menjenguk rakyatnya teruatama apabila negeri Pahang dilanda bencana seperti banjir.
Baginda juga mempunyai kebolehan memasak dan sering menggunakan kebolehannya itu untuk menjamu rakyat jelata.

Post a Comment

0 Comments