Respon Netizens Mengenai Tindakan Agong Letak Jawatan.

Respon Netizens Mengenai Tindakan Agong Letak Jawatan.

Respon Netizens Mengenai Tindakan Agong Letak Jawatan.

LAPORAN | Pertama kali dalam sejarah negara, Agong meletakkan jawatan. Isu itu mendapat perhatian netizens kerana ia adalah perkara yang diluar jangka meskipun sebelum minggu spekulasi mengenai tersebar.

Ia bermula dengan dakwaan Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat dan meminta agar DYMM YDP Agong Sultan Muhammad V meletakkan jawatan dalam masa terdekat (lebih tepat sebelum 9 Januari 2019) ataupun bersedia untuk dipecat.


Antara alasan yang dinyatakan meskipun tidaklah disahkan, ialah masalah ketagihan yang semakin tidak terkawal.

Ia ditulis beberapa kali oleh blogger pro PPBM, Steadyaku47 sepanjang minggu lepas, ketika angin spekulasi Agong bakal meletakkan jawatan semakin bertiup kencang.

Namun dengan lajunya Timbalan Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan yang tersebar itu dengan memberikan alasan ada pihak yang dengki dengan Kelantan dan mahu menjatuhkan maruah negeri itu.


Bagaimanapun petang ahad (6 Januari 2019) spekulasi Agong akan meletakkan jawatan bertukar daripada gosip kepada realiti.

Mari kita tinjau apa respon netizens mengenai hal itu;

Pasti ada sebab baginda meletakkan jawatan.. 


Sila duduk dan jangan lari, patik ingat sampai bila-bila.. 




Kuasa sebenar ada pada Tun Mahathir..

Agong letak jawatan mungkin ada kaitan dengan DAP..



Terdapat satu corak yang mana sesetengah netizens seperti menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan, Tun Mahathir dan DAP dalam tindakan Sultan Muhammad V meletakkan jawatannya sebagai YDPA.

Untuk rekod, sebelum ini terdapat cakap-cakap di kalangan warganet bahawanya sesetengah tingkahlaku Sultan Muhammad V tidak lagi boleh dikrompomi oleh pihak-pihak yang berkepentingan menjaga kedaulatan dan kesucian sistem monarki. Sebelum perkara itu kian membarah dan mengheret nama baik dan intergriti sistem monarki, sesuatu perlu dilakukan.  

Bagaimanapun sehingga kini dakwaan tersebut tidak pernah disahkan atau dinafikan oleh mana-mana pihak. - 6 Januari 2019.

Post a Comment

0 Comments