Media Indonesia Melaporkan Perkahwinan Sultan Kelantan Dan Wanita Russia Kini Diambang Perceraian

Media Indonesia Melaporkan Perkahwinan Sultan Kelantan Dan Wanita Russia Kini Diambang Perceraian

Berita Mengejutkan Dari Negara Seberang, Indonesia Tentang Hubungan Perkahwinan Sultan Kelantan Ini Jadi Bualan Netizen:


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, merupakan seorang raja yang bersahaja tanpa terikat dengan protokol apabila mendampingi rakyat.


Tempoh dua tahun memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 sejak 13 Disember 2016, ternyata meninggalkan kesan di hati rakyat sebagai raja berjiwa rakyat, berhemah, rendah diri dan pandai berjenaka.

Sultan Muhammad V menamatkan pemerintahan apabila meletak jawatan pada 6 Januari lepas.

Sikap baginda yang bersahaja walaupun bergelar Yang di-Pertuan Agong malah beberapa tindakan spontan baginda semasa menjalankan tugas rasmi seperti titah baginda “sila duduk jangan lari” menjadi ungkapan dan ingatan popular dalam kalangan rakyat.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama Islam dan ilmu keduniaan yang luas.

                            F5D7D46B-1315-459E-ABEB-159EDAC7A507.jpe
Seorang raja yang tidak terlalu berprotokol dan sering mengenakan pakaian jubah, baginda amat mengambil perhatian dalam hal ehwal agama dan kebajikan rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Antara program yang diadakan hasil ilham baginda adalah program ‘Qiam With Me’ dan Walkathon Diraja yang bermula sejak 2011 di Kelantan.

Ketika Hari Raya Haji yang menyaksikan umat Islam menunaikan ibadah korban, Sultan Muhammad V turut terlibat menyembelih haiwan korban – suatu yang amat jarang dilakukan sendiri oleh seorang raja.

Sifat cakna baginda terhadap kebajikan rakyat terserlah antaranya ketika bencana banjir besar melanda Kelantan pada 2014, dengan baginda turun sendiri ke lokasi kejadian dan melawat rakyat di pusat-pusat pemindahan.

Mewujudkan suasana mesra dan rakyat tidak kekok, baginda sering membahasakan diri baginda sebagai ‘kita’ dan lemah lembut dalam pertuturan baginda ketika bertemu dengan rakyat.

Keprihatinan baginda terhadap rakyat tiada mengenal batasan. Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa pada September 2017 menjadi perhatian Sultan Muhammad V, yang mencemar duli meluangkan masa meninjau lokasi kejadian selain bertemu pihak pengurusan tahfiz untuk menzahirkan simpati dan mendapat maklumat langsung.

Dalam bidang pentadbiran negara, Sultan Muhammad V yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017, merupakan ketua negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional semasa pelantikannya dan menyaksikan peralihan kerajaan yang bertukar kepada kerajaan PH susulan kemenangan gabungan itu pada PRU14 pada 9 Mei 2018.

Sultan Muhammad V memberi ruang luas kepada sistem demokrasi di Malaysia terus hidup subur dengan memastikan berlakunya perubahan tampuk kuasa yang pertama kali dalam sejarah Malaysia secara aman, teratur dan damai.

Baginda berkenan memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Ketua Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara, selepas kerajaan PH mengambil alih pembentukan kerajaan Malaysia pada Mei 2018.

                            6B6762BC-313A-4148-AEAF-121461038ABD.jpe
Kepimpinan berpaksikan rakyat juga menyaksikan baginda memperkenan peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong, kerana prihatin terhadap hutang dan keadaan ekonomi negara.

Baginda telah berjaya memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat sepanjang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong.

Desas Desus Perceraian

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan sebagai YDP Agong, baru-baru ini sedang dalam proses menceraikan isteri Russia lapor media Indonesia, kompas.com

Dalam laporan bertajuk, “Mantan Raja Malaysia dikabarkan segera ceraikan istri Rusianya,” media itu melaporkan “pernikahan Sultan Muhammad V dengan Oksana Voevodina, 25 mantan ratu cantik Moskwa itu, dikhabarkan berada di tepi penceraian,”

Sultan Kelantan dikhabarkan dalam proses menceraikan isteri Russia lapor media Indonesia
Sultan Kelantan dikhabarkan dalam proses menceraikan isteri Russia lapor media Indonesia

Media itu melaporkan, peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong dipercayai ada kaitan dengan pernikahannya dengan bekas ratu cantik Rusia itu yang dilapor sebagai “alasan utama lengsernya Muhammad V dari tahta,”

Kompas.com turut memetik sumber berita dari Rusia, Tolko Nikomu yang melaporkan bahawa “sejumlah dokumen yang diperlukan untuk penceraian sudah dipersiapkan,” dan sebuah lagi berita dari kampung halaman Oksana yang melaporkan berita serupa.

Pernikahan Sultan Muhammad V dengan Oksana Voevodina (25), mantan ratu kecantikan Moscow itu, dikhabarkan berada di ambang perceraian. Padahal pasangan ini baru menikah secara tertutup di Moscow pada 25 November yang lalu.

Meskipun pernikahan ini tidak mendapat pengesahan rasmi dari kerajaan Malaysia, namun sejumlah media antarabangsa melaporkan pernikahan tersebut tidak berpanjangan. Seperti yang dilaporkan oleh laman berita antarabangsa Mirror.co.uk , akhbar dari Rusia, Tolko Nikomu menyebut, pernikahan itu hanya berlangsung “beberapa bulan saja”.

“Kisah dongeng tentang Cinderella Rusia yang menikahi seorang raja nampaknya akan berakhir, sejumlah dokumen yang diperlukan (untuk perceraian) sudah dipersiapkan,” demikian dikhabarkan sebuah akhbar terbitan Rusia Tolko Nikomu

“Pernikahan ini hanya berlangsung beberapa bulan,”- menurut akhbar harian yang sama.

Walaubagaimanapun belum ada kenyataan rasmi dari pasangan itu terkait laporan beberapa media Rusia.

7B36DC28-B2A8-4D54-A287-170A480FE6A8.jpe
Namun, ayah Oksana dikhabarkan menepis semua khabar angin soal pernikahan anak perempuanya.

“Semua berita palsu. Saya tak membaca berita di internet tetapi (jika mereka bercerai) maka saya yang pertama kali akan tahu,” kata Andrey Gorbatenko, bapa Oksana.

Rakan baik Oksana juga melaporkan bahawa kehidupan Miss Moscow 2015 yang berprofesi sebagai model itu berjalan baik. Dia menuduh sejumlah pemberita di media membuat laporan palsu.

Sebelum ini, muncul khabar Oksana menjangkakan dirinya sedang mengandung anak sulung selepas menjalani rawatan di klinik perancang keluarga di Jerman. Berita ini telah dilaporkan oleh akhbar popular di Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP) menerusi artikel dari The Sun.

Pasangan pengantin baru itu juga dilaporkan dilaporkan sering bertengkar. Namun ayah Oksana menafikan segala khabar angin mengenai pernikahan puterinya itu.

“Semua khabar angin. Saya tak membaca Internet tetapi jika mereka benar bercerai, sayalah orang pertama akan tahu,” kata Andrey Gorbatenko, seorang doktor bedah dan juga merupakan ayah Oksana.

Dalam masa yang sama media itu turut memetik sumber berita lain yang menyebut bahawa Oksana kini sedang hamil, namun tidak dapat memastikan kebenarannya.

Sumber: theklasik

Post a Comment

0 Comments