Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat MH370 Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut Samudera

Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat MH370 Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut Samudera

Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat MH370 Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut Samudera

MH370 yang sehingga ni masih lagi tiada penyelesaian.5 tahun penantian, ramai yang masih menunggu jawapan misteri kehilangan pesawat

Bermacam spekulasi dibuat, pelbagai dakwaan dan andaian yang dibangkitkan namun semuanya berlalu dibawa angin.

Terbaharu seorang lelaki mendakwa ‘nampak’ pesawat MH370 pada tarikh pesawat itu dilaporkan hilang iaitu pada 8 Mac 2014..allahu biar betul?

Menurut Sinar harian, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Rosli turut membuat akuan sumpah dengan Al-Quran pagi tadi bahawa dia melihat dengan matanya sendiri pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas di Lautan Sumatera..perkara macam ni jangan dibuat main..huhu


                         
Sumber : Sinar Harian

Katanya, akuan sumpah itu dibuat bagi membuktikan dakwaan yang diberikannya itu benar dan bukan rekaan semata-mata.

Rosli berkata dia yang berada di tempat kejadian pada 8 Mac 2014, telah menyaksikan sendiri pesawat itu rosak, ternampak asap hitam selain bau busuk asid dari pesawat terbabit.
Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air.”
                         
Sumber : Google

Rosli memaklumkan perkara tu selepas membuat akuan sumpah di Lake View Club di Petaling Jaya pagi tadi.

Rosli diterbangkan khas dari Indonesia untuk mendedahkan perkara tersebut.
Dia yang juga nelayan dari Pengkalan Susu, Indonesia berkata dia juga meninjau tapak lokasi insiden tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa.
Namun saya hampa kerana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid.”
                         
Sumber : Sinar Harian

Bagaimanapun, katanya dia berjaya merakam kejadian pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS)termasuklah badan atau bayangan pesawat yang tenggelam di dalam lautan..kalau betul, syukur alhamdulillah.

Data GPS tersebut telah diserahkan kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George, sebelum Dr Jacob akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk tindakan selanjutnya.
Fakta #MH370
  • Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 orang apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

  • 239 orang termasuk 12 anak kru, hilang dari jangkauan radar selepas 40 minit berada di ruang udara.

  • Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.
                      
Sumber : Harian Metro
  • 29 Julai 2015, seorang pekerja pembersih pantai di pulau La Reunion di Lautan Hindi, milik Perancis, menemui bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenal sebagai ‘flaperon’ di mana pakar percaya ia milik pesawat jenis Boeing 777.
  • MH370 merupakan satu-satunya pesawat jenis Boeing yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi.
  • Dua daripada sejumlah lebih 20 serpihan pesawat ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania disahkan adalah daripada pesawat MH370
Semoga ada jawapan kepada misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, keluarga dan waris mangsa pasti ingin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

Post a Comment

0 Comments