‘Kat Dewi Remaja bertudung litup, tapi masuk kelab tinggal bikini je?’

‘Kat Dewi Remaja bertudung litup, tapi masuk kelab tinggal bikini je?’

‘Kat Dewi Remaja bertudung litup, tapi masuk kelab tinggal bikini je?’:



SELEPAS juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dikecam netizen disebabkan video meneguk arak dan berhibur di kelab malam, kini perhatian mula terarah kepada dua lagi peserta yang dikatakan turut sama berada dalam video tersebut.


Ini kerana, seorang pengguna Twitter telah mempersoalkan identiti gadis yang memakai topi dan hanya berbikini, yang muncul dalam video tersebut, adalah Erni Nurshahira.

Thread daripada pengguna Twitter itu telah mendapat perhatian ramai, yang rata-rata terkejut dengan tingkah laku gadis perwatakan sopan itu.

Kat Dewi Remaja pakaian tertutup, sopan…


Tapi bila masuk kelab tinggal bikini je?


Bukan main seksi kau dik!

Thread tersebut telah mendapat balasan daripada beberapa pelayar Twitter yang mengiyakan, bahawa dua gadis tersebut adalah Erni Nurshahira dan Fazreen Fazera.

Pastinya video tersebut sangat mengejutkan, terutamanya apabila Ernisha dilihat tampil tidak bertudung dan hanya memakai pakaian dalam.

Video yang berdurasi 26 saat itu juga turut memaparkan Ernisha kelihatan sedang leka menari tanpa mempedulikan aksi dirinya dirakam.

Yang pakai topi dengan bra tu pakai tudung ye kt dewi remaja? Hahahaha. Dewi lah sangat https://t.co/UpRmcIz5bq
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) 15 January 2019
Ni yang mirip Neelofa ke?


Pakai tudung dalam TV je ke?

Menerusi balasan twit itu lagi , rata-rata netizen mengecam Erni dan menganggap gadis tersebut bersikap hipokrit kerana membuka tudung dan berhibur dikelab malam.

Ernisha kini tak dibenarkan guna gelaran Dewi Remaja!

Setelah disahkan pihak penganjur bahawa tiga peserta Dewi Remaja yang muncul dalam video tersebut adalah benar, maka tindakan tatatertib telah dikenakan, iaitu mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Dewi Remaja.

Post a Comment

0 Comments