Dua beradik berbaju sekolah selongkar sampah berjaya dijejaki

Loading...
Dua beradik berbaju sekolah selongkar sampah berjaya dijejaki

SUSULAN tersebarnya kisah dua orang adik-beradik memakai pakaian sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah di Pasar Klang semalam, orang ramai tak henti-henti menghubungi MiLo SuaM (hampir 1,000 email diterima) bagi mendapatkan identiti pelajar berkenaan.





Dua beradik selongkar sampah

Kita tidak dapat memberikan maklumat pelajar berkenaan, kerana tiada maklumat lengkap. Namun telah berjanji kepada semua sahabat-sahabat yang prihatin untuk berkongsi maklumat setelah mereka berjaya dijejaki.

Syukur Alhamdulillah, pagi tadi (11 Januari 2018) ADUN Pelabuhan Klang, YB Azmizam Zaman Huri bersama sukarelawan Team Muafakat Klang telah turun menjejaki keluarga adik-beradik berkenaan seawal jam 4.30 kerana tiada maklumat lengkap.

Jejaki dua beradik

Hasil maklumat dari pengunjung dan pekerja di pasar Pelabuhan Klang, mereka berjaya menjejaki keluarga dua beradik berkenaan.

Difahamkan, pasangan ibu bapa adik-beradik tersebut merupakan pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan PBB di Malaysia.


Bapa mereka mendapat upah RM50 sehari bekerja sebagai pembantu di salah sebuah gerai menjual sayuran di pasar tersebut. Di samping itu mereka mencari barangan lusuh untuk dijual bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

Sewa kediaman dan bayaran utiliti rumah mereka ditanggung oleh majikan kepada bapa adik-beradik tersebut.

Meskipun mereka warga asing, atas dasar kemanusiaan Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang akan mencari jalan bagi membantu meringankan kos perbelanjaan sekolah anak-anak keluarga itu.

Seperti yang dijanjikan, jika orang ramai yang bersimpati ingin menyumbang boleh hubungi terus keluarga adik beradik berkenaan di talian 011-25481224


Post a Comment

0 Comments