Masih ingat Suhaimi Saad, suami kepada Ina Naim? Baru-baru ni, kisah mengenainya jadi top balik lepas Suhaimi ni muat naik posting yang mengatakan yang dia tak percaya dengan sistem pendidikan negara.
Tulisan panjang lebarnya tu memang buat ramai orang tak puas hati, tapi ada sesuatu yang dia cakap tentang Ina Naim buat netizen rasa nak lepuk si Suhaimi Saad ni habis-habisan!
“Ina tu cuma makcik kantin je. Mana lah dia reti nak ajar BI ngan Bahasa Arab. Aduuh!”
Menerusi perkongsian Suhaimi di Facebook semalam, dia ada meluahkan pendapatnya mengenai sistem pendidikan negara ini dan mengapa dia memilih untuk homeschool anak-anak sendiri.
Dalam banyak-banyak point yang dia sebut, point Suhaimi kutuk isteri sendiri dengan kata Ina Naim hanya sekadar ‘makcik kantin’ dalam ‘sekolah’nya itu membuatkan ramai netizen sakit hati.Menurutnya, Ina tak reti nak ajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Sebab tu lah dia jadi makcik kantin je.
“Wow degrade isteri sendiri as‘makcik kantin je’… F*cking h*llsuami macam ni elok kena pukul sampai lebam”
Seperti yang dijangkakan, posting Suhaimi Saad atau lebih mesra dipanggil SS ni memang kena serang habis-habisanlah kat media sosial. Ramai yang kata SS ni tak reti nak hormat isteri dan sanggup rendahkan maruah isterinya kepada makcik kantin je. Haih korang baca lah sendiri apa yang netizen kata ni…
“Bodoh tu sembunyi sikit. Ulama-ulama pun hantar anak pergi sekolah”
Masih ada yang menyokong, terinpirasi dan puji usaha Suhaimi Saad
Macam manapun, admin tak terkejut rupanya ada juga yang sokong Suhaimi Saad ni. Bagi mereka, homeschooling gaya SS ni relevan jugak diamalkan pada dunia zaman sekarang. Huhu…
Bagi admin, isu ini mudah saja. Kalau kita rasa apa yang diajarkan atau dikongsikan Suhaimi ini makin sesat dan ada yang tak kena di sana sini, lebih baik kita unfollowdan jangan kongsikan lagi statusnya.
Seorang ibu bapa atau suami itu pasti tahu apa yang terbaik untuk keluarganya. Jadi kalau dia rasa itu yang terbaik untuk keluarganya, kita biarkanlah. Lebih baik jaga keluarga sendiri dan beri yang terbaik untuk mereka.
Ilmu itu pelita kehidupan!
0 Comments