Susulan dua foto yang tersebar membabitkan pelakon Emma Maembong tular di media sosial, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tampil membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf secara terbuka itu telah dimuat naik di laman IG beliau pagi tadi. Boleh dikatakan kebanyakan netizen menegur perbuatan beliau. Ini kerana beliau seharusnya menjaga nama baik adiknya sebagai Menteri, tetapi juga seorang yang beragama Islam.
Kisahnya sebab dia dikenali kerana adiknya, kalau orang tak kenal tiada siapa pun kisah. Bila dah kenal, biasanya akan ada pengikut. Bila ada pengikut, nama baik itu yang harus dijaga supaya menjadi teladan kepada orang lain terutama anak muda.
Namun teguran bukan habis di situ. Netizen dilhat beralih kepada laman akaun IG Syed Saddiq pula. Dalam satu gambar Syed Saddiq bersama Muhyiddin Yasin, netizen telah memberi komen tentang insiden yang berlaku kepada abangnya.
Walaupun takde kena mengena dengan gambar itu, tapi agaknya itu jer sahaja cara netizen melepaskan perasaan marah. Sampai begitu sekali. Abang buat hal, adik yang kena. Namun setakat ini belum ada respon balas dari Syed Saddiw yang juga Menteri Belia & Sukan.
Berikut antara komen netizen yang ditinggalkan di sebuah gambar akaun IG Syed Saddiq;
” Sy di sini ingin menyarankan supaya yb tegur abang yb kerana dia telah mencalarkan maruah keluarga yb. Ini bukan sekali yb, sebelum ini mereka pergi ke thailand juga berduaan dan emma maembong free hair dan skirt pendek. Yb tiada perasaan terhina kah?” qemhanz
” Haihh kesian Syed Saddiq… Abg buat masalah, xpasal2 kena tempias… Yg si abg pon 1, dahh taw adik tuh menteri, jaga laa adab elok2″ cikakma90
” Saya sarankan yb yg hensem ni tegur la Abg yb tu yg dah calarkan maruah keluarga yb maruah seorang berhijab maruah seorang perempuan.. Mereka tu public figure.
Jadi perhatian ramai. Kalau perangai macam tu confirm ramai org ikut” que_kevin
“Abang buat hal, adik kena tempias. Dpt abg yg baik mana pun, kalau dh boleh buat benda bodoh cmni. Anyway guys. Stop kecam Yb!! He has nothing to do with this. Yb sibuk utk negara, abg sibuk bercinta. You guys can differentiate this right? So stop spamming, or blaming YB & his family” meikheiliew
” Kesian syed saddiq.. die post bnda lain. Yg netizen plk komen isu yg tkde kaitn dgn post die. Korng smue pg menyalak trus kt page abg dia sudah” adrianaaalee
Terdahulu Syed Abdullah meminta kesalahannya itu dijadikan sebagai teladan buat anak-anak muda agar perkara tersebut tidak berlaku kepada diri masing-masing.
” Saya minta maaf sangat di atas kekecohan yang saya timbulkan dan mereka yang menerima kesannya. Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang.
” Jangan lah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga dan rakan-rakan. Biar lah saya hadapi sendiri kesilapan ini. Biar saya terima akibatnya, hadapi hukumannya,” katanya menerusi perkongsian status di akaun Instagramnya @syedabdullah1989 pada malam Isnin.
“Bagi mereka yang benar-benar mengenali saya, terima kasih kerana berada di sisi saya, menghantar mesej dan mengingatkan saya supaya menjadi kuat.
“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih di atas nasihat dan sokongan moral anda. Saya akan mengambil kritikan anda secara positif dan berjanji untuk memperbaiki diri sebagai seorang individu,” katanya sambil menambah sebagai manusia, dia bukan sempurna dan cenderung untuk melakukan kesilapan.
0 Comments