KHABAR angin mengatakan bahawa sukar untuk bekerja dengan Duchess of Sussex mula bertiup selepas pengumuman tentang setiausaha peribadinya juga akan meletakkan jawatan.
Samantha Cohen, 50, akan meninggalkan jawatannya sebagai anggota utama kakitangan Istana Kensington selepas Meghan dan Harry menyambut kelahiran anak pertama mereka pada musim bunga.
Digelar 'Samantha the Panther' dalam kalangan kerabat diraja, wanita kelahiran Australia itu juga berkhidmat sebagai setiausaha komunikasi semasa bertugas selama 17 tahun untuk keluarga Windsor.
Cohen menggalas jawatan itu kerana mendapat permintaan peribadi daripada Harry dan Meghan kerana perkhidmatan Edward Lane Fox berbaki lagi lima tahun.
Dipercayai Duchess tersebut ingin mengambil Cohen bekerja secara tetap setelah dia meninggalkan jawatannya di Istana Buckingham, tetapi wanita itu enggan menerima tawaran itu.
Pengunduran salah seorang pembantu yang paling dipercayai Ratu Elizabeth tersebut berlaku tidak lama selepas pembantu peribadi Meghan, Melissa Touabti yang juga meletakkan jawatan hanya enam bulan selepas perkahwinan diraja berkenaan berlangsung di Istana Windsor.
Pengumuman itu mencetuskan khabar angin bahawa ia adalah sukar untuk bekerja dengan Meghan. - Wire Image
Seorang sumber yang rapat dengan Meghan memberitahu The Sunday Times: "Sam akan menjadi satu kehilangan besar.
"Pada masa akan datang, Meghan mungkin memerlukan seseorang yang dilantik bukan dalam kalangan penjawat awam atau kakitangan dalam istana."
Cohen telah dianugerahkan gelaran Komander Perintah Diraja Victoria oleh Ratu Elizabeth pada 2016 sebagai wanita pertama yang memegang jawatan setiausaha akhbar.
Dia juga dinaikkan pangkat selepas memohon untuk menjadi 'media minder' di Istana Buckingham kira-kira 20 tahun lalu, semasa dalam lawatan ke London dari negara asalnya.
Ibu kepada tiga anak itu dipandang tinggi oleh keluarga diraja dan digambarkan sebagai seorang yang berperibadi baik dan sangat komited terhadap Ratu Elizabeth.
Sumber mendakwa dia menjadi penasihat solekan kepada Meghan dan membantunya memahami selok-belok perihal diraja.
Sumber The Sunday Times turut mendedahkan tentang rutin waktu pagi Meghan dan memberi amaran bahawa pembantu baharu yang akan dilantik hendaklah bersikap mudah menyesuaikan diri dan penyabar. - Mirror UK
0 Comments