"Semua protokol itu sampah" - Ratu Elizabeth minta Michelle Obama jangan risau

"Semua protokol itu sampah" - Ratu Elizabeth minta Michelle Obama jangan risau

"Semua protokol itu sampah" - Ratu Elizabeth minta Michelle Obama jangan risau

Michelle sewaktu bertemu dengan Ratu Elizabeth. FOTO: Popsugar


ISTERI kepada bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama mengakui takut sewaktu dia berkunjung ke Istana Windsor di United Kingdom (UK) suatu ketika dahulu.
Ujar Michelle, apa yang paling dirisaukannya adalah protokol di istana tersebut.

Namun, Michelle berkata kerisauan itu ternyata lenyap selepas dia ditenangkan sendiri oleh Ratu Elizabeth.

"Dalam fikiran saya memang fikir pasal protokol sahaja. Saya cakap, janganlah tergelincir atau jatuh di atas tangga, jangan sentuh sesiapa, jaga-jaga dengan tindakan saya.
"Namun, Ratu Elizabeth suruh saya masuk dan duduk sahaja di mana-mana yang saya suka.

"Bila diajukan mengenai protokol, dia meminta saya tidak risau dan menyifatkan ia semua hanyalah 'sampah' sahaja," ujar Michelle.

Pendedahan itu dibuat menerusi wawancara mengenai penerbitan biografi wanita itu bersama penulis, Chimamanda Ngozi Adichie.

Michelle berada di Royal Festival London dalam rangka promosi buku terbaharu mengenai dirinya, berjudul Becoming.

Acara itu dihadiri lebih 40,000 pengunjung.

Malah, bukunya menjadi buku paling laris tahun ini dalam tempoh 15 hari sahaja.

Mengulas mengenai dirinya yang disifatkan sebagai 'simbol harapan' oleh orang ramai, Michelle ternyata begitu merendah diri dan menanggap dia sama sahaja seperti orang lain.
"Janganlah begitu, apa yang saya tahu saya akan kongsi.

"Jika saya memberi harapan, ia menjadi tanggungjawab kepada saya, jadi saya harus pastikan diri ini layak.

"Kita sebagai orang dewasa sebenarnya tiada pilihan jadi kita perlu beri harapan untuk golongan muda," kata isteri Barrack Obama itu. - Daily Star.

Post a Comment

0 Comments