Oh..Baru Tahu Mengapa Gula-Gula Krismas Dibuat Bentuk Huruf “J”

Oh..Baru Tahu Mengapa Gula-Gula Krismas Dibuat Bentuk Huruf “J”

Oh..Baru Tahu Mengapa Gula-Gula Krismas Dibuat Bentuk Huruf “J”
Mungkin pada zahirnya, kita cuma tahu Candy Cane itu adalah jenis gula-gula biasa yang merupakan antara manisan wajib untuk dinikmati sepanjang musim perayaan Natal.


Namun, ramai tidak tahu kebenaran di sebalik kewujudan gula-gula tersebut yang sebenarnya memiliki mesej tersirat.

Seperti biasa, perasaan ingin tahu yang keterlaluan membuatkan penulis gigih mencari fakta-fakta sahih dan rupa-rupanya, Candy Cane adalah simbol keagamaan Kristian yang wujud sejak 1670 bermula di German.

Keadaan ini mengingatkan penulis kembali kepada sejarah terciptanya menu roti pintal dipanggil Pretzel.

                   
Sumber: Youtube


Ini kerana, Pretzel juga pada asalnya mengikut lagenda dan sejarah adalah sejenis hidangan snek diperbuat menggunakan lebihan tepung roti oleh para pendeta Kristian Eropah yang berkhidmat di sekitar daerah Utara Itali atau Selatan Perancis pada tahun 610 sebelum masihi -dijadikan ganjaran buat pelajar agama Kristian waktu itu.

Untuk mencelikkan minda kamu di samping menambah pengetahuan am, ini lagenda dan sejarah sebenar gula-gula Candy Cane. 

Asalnya Berbentuk Lurus

Mula popular di Amerika setelah resepi gula-gula itu dibawa masuk oleh seorang pendatang German-Sweden sekitar 1847.

Dahulunya, gula-gula tersebut cuma berbentuk lurus seperti sebatang kayu dan ia cuma berperisa manis gula.

                       
Sumber: Pinterest

Bentuk Huruf “J” Mewakili Jesus

Seperti yang kita semua tahu, Jesus atau Nabi Isa adalah anak tuhan yang diagungkan mengikut kepercayaan Kristian. Suatu ketika di Indiana, seorang tukang pembuat gula-gula ingin mencipta sesuatu yang bisa mengingatkan orang ramai (penganut Kristian) kepada Jesus, lalu ia mencipta sejenis gula-gula berperisa pudina dipanggil Christmas Candy Cane yang berbentuk “J” -merujuk kepada nama Jesus. 
                           
Sumber: Facebook


Warna yang digunakan untuk menghasilkan Christmas Candy Cane pula menggabungkan rona putih dan merah yang memiliki maksud terdiri iaitu, jalur MERAH melambangkan darah suci yang mengalir dari tubuh Jesus saat dia disalib… manakala jalur PUTIH pula menggambarkan kesucian jiwa Jesus yang bersih dari segala dosa.


Tonton Proses Pembikinan Candy Cane

Ada pula sumber menyatakan bahawa selain bentuk Candy Cane yang berupa huruf “J”, ia juga mungkin dijadikan sebegitu rupa untuk menyerupai tongkat milik Shepherd (gelaran lain bagi Jesus).

Ini  kerana, menurut penjelasan dari sumber, tongkat itu sering digunakan Jesus saat dia mengembala kambing untuk menangkap kambing-kambing belaannya.

Terdahulu banyak kes-kes menglibatkan pengharaman Candy Cane termasuklah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian kerana Candy Cane dianggap sebagai simbol keagamaan yang mungkin tidak sesuai untuk diamati para pelajar yang bukan beragama Kristian dan Katolik.
                                          
Sumber: Facebook


Apa-apa pun, janganlah terlalu taksub dan ini tidak bermaksud kita semua tidak boleh menikmati manisan gula-gula Candy Cane. Sekadar perkongsian ilmu, selamat beramal!

RUJUKAN 12, 3

Post a Comment

0 Comments