Ingatkan Nurul Izzah Yang Kahwin,Rupanya....

Ingatkan Nurul Izzah Yang Kahwin,Rupanya....

Ingatkan Nurul Izzah Yang Kahwin,Rupanya....

KLANG: Rakaman video presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalankan akad nikah salah seorang daripada anak perempuannya tular di media sosial.

Ramai yang menganggap pengantin perempuan itu adalah anak sulung Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Spekulasi perkhawinan itu semakin meluas selepas Nurul Izzah meletak jawatan sebagai naib presiden parti dan ketua PKR Pulau Pinang, serta menarik diri daripada pelbagai peranan dalam Kerajaan Persekutuan.

Bagaimana pun, majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu adalah perkahwinan anak kedua Anwar, Nurul Ilham,34,  yang berlangsung di kediaman rasmi ibunya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau telah berkahwin susulan tular video bapanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikahkan satu pasangan dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini.

Sebaliknya, Nurul Izzah memberitahu yang dinikahkan itu ialah adiknya, Nurul Ilham Anwar.
“Nurul Ilham Anwar. Dinda saya,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Majlis perkahwinan Nurul Ilham itu dikatakan berlangsung pada 15 Disember lalu.
Perkembangan itu meredakan khabar angin kononnya Nurul Izzah bakal menamatkan zaman solo dan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dikatakan berkait rapat dengan dakwaan beliau akan berkahwin.

Bagaimanapun, menurut Pegawai Khasnya, Syed Ahmad Safwan Syed Ibrahim, peletakan jawatan kelmarin tiada kaitan dengan spekulasi Nurul Izzah akan berkahwin. -UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments