5 perkara tentang tsunami pantai Anyer

5 perkara tentang tsunami pantai Anyer

5 perkara tentang tsunami pantai Anyer

PAGI 23 Disember ini, kita dikejutkan dengan berita sedih dari negara jiran. Pantai barat wilayah Banten, Anyer, yang terletak di pesisir Selat Sunda, dilanda gelombang ombak tinggi atau tsunami.

Ini lima perkara yang diketahui setakat ini.

1. Gelombang air setinggi tiga meter naik ke pantai pada jam 9.27 malam waktu tempatan atau 10.27 malam waktu Malaysia, 22 Disember.
2. Ia pada mulanya hanya disifatkan sebagai fenomena air pasang besar akibat bulan penuh.

3. Ia bagaimanapun disahkan sebagai tsunami oleh Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.

4. Ia dikatakan berpunca daripada gelongsoran plat akibat letusan Gunung Anak Krakatau, selain turut dicetuskan oleh fenomena bulan penuh.

5. Setakat ini, sekurang-kurangnya 20 orang disahkan terkorban, 165 cedera manakala dua masih hilang. Puluhan bangunan juga dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Post a Comment

0 Comments