Zulin Pernah Didera
Menerusi laman twitter nya. Zulin memberitahu bahawa beliau pernah mengalami nasib yang sama. Bezanya situasi beliau didera oleh pembantu rumah mereka. Menurut Zulin, pengalamannya didera begitu menakutkan. Kepala dihantuk, dipukul dengan penyapu serta dipaksa tidur di dalam bilik air antara ‘hukuman’ yang pernah diterimanya meskipun tiada membuat sebarang kesilapan.Pembantu Rumah Dihalau
Tambah Zulin, beliau pernah mengadu akan peristiwa itu pada keluarga malangnya ianya telah diendahkan kerana masih kecil. Segalanya berakhir apabila jirannya telah melihat Zulin didera serta memaklumkan kejadian tersebut pada bapanya.

Tidak lama kemudian Zulin memberitahu pembantu rumah tersebut telah dihalau serta turut mengaitkan kes yang terkini dengan berpesan supaya berfikiran dengan lebih waras.

Kepada anda yang mempunyai pembantu rumah, siapa pun mereka dan kita, ingatlah kita semua hanya manusia biasa!
Sumber

Kepada anda yang mempunyai pembantu rumah, siapa pun mereka dan kita, ingatlah kita semua hanya manusia biasa!
Sumber

0 Comments