Selepas heboh mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, pada 22 November yang lalu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana bibit-bibit cinta perkenalan pasangan ini bermula.
Kali Pertama Bertemu Di Eropah
Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.co.uk, Pengarah Pertandingan Ratu Cantik Rusia, Tatiana Andreeva, berkata pasangan itu bertemu di Eropah ketika Oksana dipilih untuk menjadi model mempromosikan jam tangan elit di sana.
” Seperti mana yang yang diketahui. Oksana merupakan seorang model dan hal ini mebuatkan beliau kerap ke luar negara untuk urusan kerja dan akhirnya dia bertemu Sultan Muhammad V 18 bulan lalu di Eropah.
“Ketika pameran jam tangan mewah itu berlangsung, Oksana ditugaskan untuk berdiri di sebelah poster dan mengiklankan barang-barang itu” – katanya
Tatiana menambah, Ibu bapa Oksana hadir di majlis perkahwinan dan sangat menyokong anak perempuan mereka dalam segala hal. Oksana memilih nama Muslim Rihana dan gambarnya berhijab telah tersebar di laman yang Twitter.
Sumber
Siapa sangka, Oksana Vevodina, gadis cantik ini berjaya meluluhkan hati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Vyang di khabarkan sudah melangsungkan perkahwinanan di Rusia, semalam.
Menurut sumber dari Re.ru, Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Lebih membanggakan, Oksana Voevodina memenangi gelaran Miss Moscow 2015 yang berlangsung pada 9 Jun 2015. Oksana menjadi yang pertama di kalangan 32 peserta metropolitan.
Nah, berikut ini beberapa foto pesona Oksana Vevodina dari pelbagai sumber.
Jika benar perkhabaran ini sahih, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDPA Sultan Muhammad V. Apa yang pasti Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. Sama-sama kita nantikan.
S
0 Comments