(Video) Lagi Kemalangan Pesawat Boeing, Hadapi Masalah Hidraulik Kira-Kira 10 Minit Selepas Berlepas

(Video) Lagi Kemalangan Pesawat Boeing, Hadapi Masalah Hidraulik Kira-Kira 10 Minit Selepas Berlepas

(Video) Lagi Kemalangan Pesawat Boeing, Hadapi Masalah Hidraulik Kira-Kira 10 Minit Selepas Berlepas:


Sebuah pesawat Boeing 757 terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Guyana tidak lama selepas berlepas menuju ke Kanada menyebabkan sekurang-kurangnya 6 orang tercedera.

Pesawat milik Air Jamaica itu dilaporkan menghadapi masalah hidraulik kira-kira 10 minit selepas berlepas hingga menyebabkan juruterbang terpaksa mengambil keputusan untuk berpatah balik dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi.

Bagaimanapun, ketika mahu melakukan pendaratan cemas, pesawat berkenaan telah terbabas ke kawasan berpasir akibat tidak cukup ruang untuk memberhentikan pesawat. Bahagian enjin dan sayap pesawat berkenaan dilaporkan rosak teruk.



                       


Kejadian ini berlaku kira-kira 2 minggu selepas sebuah pesawat serba baru Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air Indonesia terhempas dan membunuh kesemua 189 orang dalam pesawat.

Sebelum tragedi malang berkenaan berlaku, juruterbang pesawat dilaporkan membuat permintaan untuk berpatah balik disebabkan pesawat yang dikemudinya menghadapi masalah teknikal.

Akibat kemalangan berkenaan, Boeing mengeluarkan amaran kepada semua syarikat penerbangan yang mengendalikan Boeing 737 MAX 8 terhadap kemungkinan kegagalan pelbagai sensor pesawat.



                          


Namun bagi kes Air Jamaica, sehingga kini tiada kenyataan rasmi yang mendedahkan punca sebenar kejadian membabitkan pesawat model 757-200 itu.

Ketika kejadian, pesawat itu membawa seramai 118 orang penumpang, 2 orang kanak-kanak dan 8 kru penerbangan.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan bagaimanapun tidak dapat disahkan tahap kecederaan.



                        


”Ketika ini, kami yakin kesemua penumpang dan kru penerbangan berada dalam keadaan selamat,” kata wakil kerajaan.

Fly Jamaica flight overshoots runway at Guyana airport, injuring 6 passengers. https://t.co/tPzR4KDuae pic.twitter.com/UvaHSLxf4H
— NBC News (@NBCNews) November 9, 2018
Sumber : Dailymail

Post a Comment

0 Comments