'Siapa ada kereta, tolong bawa bomba Melayu ini ke hospital!'Ini Kisah Sebenar Adib Di Serang Perusuh

'Siapa ada kereta, tolong bawa bomba Melayu ini ke hospital!'Ini Kisah Sebenar Adib Di Serang Perusuh

'Siapa ada kereta, tolong bawa bomba Melayu ini ke hospital!'Ini Kisah Sebenar Adib Di Serang Perusuh

KUALA LUMPUR: Ketika Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai sedang diangkat untuk diselamatkan, orang di keliling dilihat tergesa-gesa mencari kenderaan untuk membawa anggota bomba itu ke hospital.

Ini transkrip video yang berdurasi 2:15 saat yang dipercayai sedang tular di media sosial saat ini.

"Lihat ya .. anggota bomba biasa...anggota bomba.

"Tolong cari kenderaan... tolong bawa dia!

"Tolong usung ....tolong usung dia..  bagi laluan!


"Tolong tepi, tepi..tolong bagi laluan.

"Ini anggota bomba, angkat dia.


"Cari kereta! Kami nak tolong ni.

"Ini anggota bomba Melayu ... kami tolong sahaja!

"Tak ada apa, abang rileks,  abang tenang ya,"
 kata mereka kepada anggota bomba.

"Kalau kami soal... mereka labelkan  kami ini orang jahat.

"Okay, okay.. rileks abang.

"Polis polis yang sampai ke sini buat apa...

"Siapa ada kerata?! Tolong berhentikan HILUX itu.

"Tolong berhentikan kereta itu! Abang boleh tolong bawa dia ke hospital?

"Tolong angkat dia kat belakang kenderaan. Kak, boleh tolong tak

"Tolong jaga jaga... angkat dia."


Insiden itu berlaku pada hari kedua rusuhan berkenaan ekoran pertikaian berhubung tanah kuil berkenaan dengan syarikat pemaju.

Kuil Sri Maha Mariamman sepatutnya dipindahkan pada 22 November, selepas tanah itu dibeli oleh pemaju One City Development Bhd.

Setelah dibawa ke mahkamah, penghakiman persetujuan dicapai pada 2014 dengan One City dan dua pihak yang mahu menguruskan kuil itu setuju ia dipindahkan ke sebidang tanah yang terletak kira-kira 3km dari tapak asal.

Susulan persetujuan itu, One City menderma RM1.5 juta kepada pihak kuil.

Bagaimanapun, terdapat penganut Hindu yang menentang rancangan pemindahan itu.

Sehingga kini, polis telah menangkap 21 individu berhubung kejadian itu selain memburu mereka yang bertanggungjawab menyerang anggota bomba berkenaan.



"Kami diserang" - Mohd.Hazim



KUALA LUMPUR 28 Nov. - “Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.
Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh semalam.



Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya ketika ditemukan dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam telah dilanggar.
Katanya, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.
Ujarnya, anggota terbabit merupakan anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31.
“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.
“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar itu


Post a Comment

0 Comments