TIADA PERASAAN....INI REAKSI YUSRY KRU BILA ZAMANI GAGAL NYANYI LAGU DEKAT PADAMU

TIADA PERASAAN....INI REAKSI YUSRY KRU BILA ZAMANI GAGAL NYANYI LAGU DEKAT PADAMU

TIADA PERASAAN....INI REAKSI YUSRY KRU BILA ZAMANI GAGAL NYANYI LAGU DEKAT PADAMU

Separuh akhir GV5: Masihkah ada peluang untuk Zamani?
Masihkah ada peluang untuk Zamani dalam Gegar Vaganza 5? Dalam persembahan pusingan pertamanya di peringkat separuh akhir sebentar tadi, Zamani dilihat mengalami masalah untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu, nyanyian asal Yusry.
Zamani tampak struggle untuk menyanyikan lagu itu dengan key yang sepatutnya di peringkat awal, dan beberapa kali terlupa lirik selepas itu. Ketua juri, Datuk Ramli MS, yang sepatutnya memberikan komen, enggan memberikan apa-apa komen berhubung persembahan Zamani itu.
Separuh akhir GV5: Masihkah ada peluang untuk Zamani?
Apa pun, Zamani berjaya menyampaikan lagu kedua, Di Matamu, dengan sangat baik, dan disifatkan sebagai menepati standard sebenar penyanyi itu.
“Awak sepatutnya menyanyi seperti ini dari minggu pertama. Awak menjadikan lagu ini lagu awak,” kata Ramli.
Zamani sebelum ini gagal menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta, namun dia diselamatkan oleh imuniti penaja yang diberikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri.
‘Di Matamu’ selamatkan Zamani, iringi lima peserta lain ke final GV5
Lagu Di Matamu dendangan asal Suffian Suhaimi, berjaya menyelamatkan Zamani daripada tersingkir di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima.
Biarpun gagal menyampaikan lagu pertama, Dekat Padamu, dengan baik, tuah nampaknya masih menyebelahi Zamani apabila markah yang diberikan juri profesional untuk lagu kedua mencukupi untuk dia layak ke peringkat akhir.
'Di Matamu' selamatkan Zamani, iringi lima peserta lain ke final GV5
Zamani, antara peserta ‘favourite’ musim ini, berjaya menyampaikan lagu kedua, Di Matamu, dengan sangat baik, dan disifatkan sebagai menepati ‘standard’ sebenar penyanyi itu.
“Awak sepatutnya menyanyi seperti ini dari minggu pertama. Awak menjadikan lagu ini lagu awak,” kata ketua juri, Datuk Ramli MS.
Lima finalis lain yang turut mara adalah Noryn Aziz, Amelina, Billy Zulkarnain, Maya dan Dia Fadila.
Nasib kurang baik apabila dua lagi peserta, Hetty Sarlene dan Forteen, tersingkir. Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.
REAKSI YUSRY KRU KETIKA ZAMANI GAGAL NYANYI LAGU DEKAT PADAMU
Dari riak wajah Yusry KRU jelas nyata macam tiada emosi. Nampak seperti beliau kecewa kerana lagu dinyanyikan Zamani tidak berapa elok dan siap lupa lirik. Yusry ditemani dengan isteri beliau Lisa Surihani ke konsert Gegar Vaganza.
Lagu Dekat Pada Mu ini lagu wajib karaoke kot.. susah sangat ke?


Post a Comment

0 Comments