PENGUMUMAN Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle untuk berpindah keluar dari Istana Kensington ternyata mengejutkan ramai.
Susulan pengumuman itu, timbul pula khabar angin yang bercakap mengenai keretakan hubungan antara Meghan dan Kate Middleton.
Malah, Meghan dikatakan pernah melukakan hati Kate sehingga dia menangis, tidak lama selepas dia melahirkan bayinya, suatu ketika dahulu.
Selain Kate, hubungan diantara Meghan dan Puteri Eugine juga dikatakn bermasalah.
"Eugine dikatakan sedih kerana Meghan tidak menghadiri resepsinya pada sebelah petang. Hanya Harry yang datang untuk minum," ujar satu sumber.
Perkara itu menjadi lebih teruk apabila ibu Eugine, Sarah Ferguson turut campur tangan.
Fergie dikatakan memuat naik beberapa Tweet yang membidas Harry dan Meghan kerana berkongsi berita kehamilan mereka sewaktu salah satu sesi resepsi Eugine.
Dalam pada itu, Meghan dan Harry dijangka berpindah ke sebuah apartmen tidak lama lagi.
Menurut satu sumber dalaman, keretakan hubungan antara Meghan dan Kate berlaku kerana perbezaan ketara karakter dua wanita itu.
"Mereka sangat berbeza, Meghan adalah ekstrovert manakala Kate sedikit pemalu," ujar individu berkenaan. - Daily Star.
Kemudahan keselamatan rumah baharu Meghan, Putera Harry cecah RM26.7 juta?
KEMUDAHAN keselamatan di kediaman baharu pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle boleh mencecah sehingga £5 juta (RM26.7 juta), menurut sumber.
Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu sedang melakukan pengubahsuaian pada kediaman baharu itu sebelum mereka berpindah pada tahun depan.
Rancangan bagi hartanah di tanah Istana Windsor itu bagaimana dirahsiakan, tetapi ia sedang berjalan.
Bekas pegawai perlindungan diraja, Ken Wharfe berkata: "Kos bangunan dan kemudahan keselamatan mencecah sehingga £5 juta pada tahun pertama.
"Tiada perlindungan di Frogmore, tiada seorang pun tinggal di sana. Terdapat kos sekurang-kurangnya dua atau tiga pegawai perlindungan persendirian dan untuk memastikan hartanah itu dikawal selia oleh Polis Thames Valley.
"Terdapat kaji semula terhadap keselamatan di sekitar hartanah itu, secara besar-besaran," katanya.
Tambahnya: "Ia akan menjadi peningkatan kos buat pembayar cukai. Thames Valley tidak berbeza dengan perkhidmatan lain yang menyaksikan pemotongan 20 sehingga 25 peratus yang akan menjadi bebanan besar dalam bajet mereka."
"Ia merupakan tugas yang amat besar. Kos untuk memasang dan penyelenggaraan kelengkapan keselamatan, dengan para pegawai ditempatkan di kawasan itu membabitkan kos sehingga lima juta (pound) setiap tahun." - Mirror Online
0 Comments