Padah selepas Thai Massage,Pelanggan mati Sesak Nafas

Padah selepas Thai Massage,Pelanggan mati Sesak Nafas

Padah selepas Thai Massage,Pelanggan mati Sesak Nafas





Hajat mahu menikmati urutan tradisional Thailand bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelancong dilaporkan meninggal dunia selepas 10 minit diurut oleh tukang urut. 

Kejadian itu berlaku di Pattaya, ketika mangsa dan rakannya berjalan-jalan di sekitar bandar itu. 

Difahamkan, lelaki terbabit mengadu kakinya terasa sakit lalu bercadang untuk pergi mendapatkan perkhidmatan tukang urut di pasar terapung. 

Malangnya, baru 10 minit diurut, mangsa mengalami kesesakan nafas. Kejadian itu juga mengejutkan kakitangan pusat urut itu dan mereka cuba memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) pada mangsa. Tetapi tidak berjaya. 



2.png




3.png

Setengah jam kemudian paramedik tiba di lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan mangsa. Akan tetapi mangsa tidak dapat diselamatkan lagi. 

Adik bongsu mangsa mendakwa, abangnya terseliuh kaki ketika bermain bola sepak dengan rakan-rakannya sebelum mendapatkan rawatan dari doktor. Namun tiada sebarang perubahan yang memberangsangkan menyebabkan mangsa pergi mendapatkan khidmat mengurut. 

Doktor mengesahkan mangsa meninggalkan dunia kerana embolisme pulmonari yang disebabkan oleh pembekuan darah yang bergerak ke paru-paru-paru dari kaki atau bahagian tubuh lain seperti kakinya yang telah cedera sebelum ini. 

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Tradisional Thailand berkata bahawa, mangsa meninggal dunia akibat diurut adalah sangat tipis iaitu kira-kira 0.01 peratus. 

Pengarah Biro Pertubuhan Kesihatan, Dr Pattarapon Jungsomjatepaisal berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu termasuk sama ada pusat mengurut itu mempunyai lesen untuk beroperasi dan sijil kelayakan untuk memberikan perkhidmatan tersebut. 



4.png

Tambahnya, tukang urut itu sepatutnya mengenal pasti tahap kesihatan pelanggannya sebelum memberi kata putus sama ada seseorang pelanggan itu boleh diurut atau tidak. 

"Individu yang mengalami demam 38.5 darjah celcius, darah tinggi, patah tulang, diabetes tak terkawal, luka, osteoporosis dan kanser adalah tidak sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan urut. 

Balu kepada mangsa juga telah diberi sumbangan RM5,057 sebagai tanda bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa. 

Post a Comment

0 Comments