Mahathir, Siti Hasmah kembali ke tempat bertemu jodoh

Mahathir, Siti Hasmah kembali ke tempat bertemu jodoh

Mahathir, Siti Hasmah kembali ke tempat bertemu jodoh

Kunjungan semula Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Ali ke alma mater mereka, King Edward VII College of Medicine, yang kini merupakan sebahagian daripada National University of Singapore (NUS), mengembalikan nostalgia kenangan manis semasa mereka belajar di situ satu ketika dahulu.
Ketibaan Dr Mahathir, yang menamatkan pengajian di kolej itu pada 1953, disambut oleh Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong.
King Edward's telah ditubuhkan pada 1552.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kolej yang kini menempatkan Kementerian Kesihatan Singapura, Majlis Perubatan Singapura dan Kolej Ahli Perubatan Keluarga.
Dewan syarahan di situ kini telah bertukar menjadi sebuah auditorium dan Dr Siti Hasmah turut diusik dengan pertanyaan sama ada tumpuan beliau pada waktu itu adalah pada kuliah atau pada Dr Mahathir kerana umum mengetahui bahawa kedua-duanya yang kini telah melepasi usia 90 tahun, bertemu jodoh ketika sama-sama belajar di situ.
Dr Siti Hasmah secara berseloroh menjawab: "Kedua-duanya."
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kemudian mengadakan pertemuan dengan para alumni dan beramah-mesra dengan mereka termasuk dengan tujuh orang bekas rakan sekelas mereka.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah turut dihadiahkan dengan gambar klasik dalam hitam putih oleh pengerusi alumni, Lai Kah Weng.
Mereka sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan ketujuh-tujuh bekas rakan sekelas mereka itu.
Disebabkan kesibukan tugas, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menghadiri jamuan makan malam alumni pada tahun ini.
"Saya akan mengadakan lawatan ke Papua New Guinea (mesyuarat APEC) tetapi saya berharap anda semua akan bergembira meraikannya dan merapatkan hubungan."
Dr Mahathir berkata beliau berharap dapat menghadiri jamuan malam alumni yang berikutnya, seraya menambah: "Saya kata saya cuma berharap, kerana apabila anda sudah mencapai usia 94 tahun, anda tidak begitu pasti tentang masa depan."

Post a Comment

0 Comments