Kotak hitam pesawat Lion Air ditemui, tapi PECAH. Ini 6 Fakta Tentang ‘Black Box’ Yang Ramai Tak Tahu

Kotak hitam pesawat Lion Air ditemui, tapi PECAH. Ini 6 Fakta Tentang ‘Black Box’ Yang Ramai Tak Tahu

Kotak hitam pesawat Lion Air ditemui, tapi PECAH. Ini 6 Fakta Tentang ‘Black Box’ Yang Ramai Tak Tahu:





Black box atau kotak hitam merupakan alat yang akan dicari disaat terjadinya nahas pesawat seperti yang terbaru terjadi kepada Lion Air JT 610. Kenapa Black box ini penting? ini kerana alat inilah yang akan memuat data dan mampu memberi petunjuk sebab pesawat nahas.

1.Black box tidak berwarna hitam

Meski disebut sebagai kotak hitam, black box ternyata tidak berwarna hitam. Black box sebenar adalah berwarna oren cerah. Warna oren ini dipilih agar memudahkan pencarian black box disaat pesawat hancur dalam sesuatu kecelakaan.

Selain itu, warna oren yang dipilih untuk black box ini juga merupakan warna yang biasa digunakan dalam dunia aviasi. Warna cerah ini diyakini akan mempermudahkan team evakuasi untuk menemukan kotak penting itu didalam pesawat.

2.Black box terdiri daripada dua bahagian

Seperti yang sudah disebutkan di atas, black box memiliki dua bahagian alat yang terpisah. Alat tersebut ialah Flight Data Recorder (FDR) dan Cockpit Voice Recorder (CVR).

Kedua alat ini dapat memuatkan data-data penerbangan. FDR akan merakam kelajuan pesawat, ketinggian, tekanan dan sebagainya. CVR pula akan merakam seluruh percakapan pilot dan co-pilot di kokpit. Oleh kerana itu, black box ini wajib ada didalam sesebuah pesawat, baik pesawat komersial mahupun tidak.

3.Black box dicipta oleh Australia


Black box merupakan sebuah alat canggih yang dicipta oleh orang Australia iaitu David Warren. Idea penciptaan ini wujud setelah ayahnya terbabit di dalam nahas pesawat pada tahun 1934.

Saat itu, David baru berusia 9 tahun. Pada tahun 1950-an, David telah bercita-cita untuk membuat sebuah alat yang dapat memuatkan data penerbangan untuk memudahkan analisis terhadap penyebab kecelakaan pesawat.

David menulis nota untuk Pusat Penelitian Aeronautika di Melbourne yang bertajuk ‘Alat untuk Mengetahui Investigasi Nahas Pesawat’, kemudian mengeluarkan prototype rakaman penerbangan yang disebut ARL Flight Memori Unit.

Awalnya, idea ini tidak mendapat banyak perhatian. Sehingga lima tahun kemudian, black box pertama dikeluarkan di Amerika Syarikat. Sejak saat itu, black box telah menjadi alat wajib ada didalam setiap pesawat penerbangan

4.Black box mampu merakam 2 jam percakapan di kokpit

                    black-box-data-cloud-orig-696x462.jpg


CVR dalam black box rupanya hanya mampu merakam 2 jam percakapan pilot dan co-pilot di kokpit serta percakapan dengan Air Traffic Control (ATC). Kapasitinya lebih bagus dari black box yang terdahulu dicipta. Pada saat itu, perakam hanya mampu menyimpan 30 minit percakapan. Selain itu, FDR mampu merakam sehingga 25 jam data penerbangan.

5.Daya tahan black box

Teknologi dalam black box dilengkapi dengan ping locator yang mampu memancarkan signal untuk memudahkan pencarian black box di bawah air. Signal ini dipancarkan setiap saat selama 30 hari sebelum bateri habis. Jika bateri black box habis, maka signal berhenti terpancar. Hal ini akan menyukarkan team pencari untuk menemukannya.

6.Black box tidak boleh dihancurkan





FDR dalam black box telah direka dengan dua lapisan titanium tahan karat. Hal ini membuatkan black box tidak mudah hancur meskipun berhadapan dengan keadaan yang ekstrem

Para ahli aviasi telah membuktikan ketahanan black box dengan mencuba untuk menghancurkannya di suhu 1.100 darjah celcius, menenggelamkannya ke dalam air dengan kadar garam tinggi, dan mencelupkannya ke dalam bahan bakar pesawat.


Nahas Lion Air: Gear mendarat, roda dan badan pesawat ditemui

JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata mereka menjumpai gear mendarat, roda dan badan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Kawarang semasa misi pencarian pada Khamis.

Gear mendarat ditemui sehari selepas penyiasat menjumpai perakam data penerbangan atau lebih dikenali sebagai kotak hitam milik pesawat malang itu.

Penemuan itu dapat merungkai punca pesawat tersebut terhempas pada pagi Isnin lalu.

Bercakap pada sidang media di Tanjung Priok, Jakarta, Muhammad Syauqi berkata agensi mencari dan menyelamat menggunakan strategi berbeza dalam operasi untuk mengesan bahagian utama badan pesawat itu.



Kotak hitam dipercayai milik pesawat Lion Air JT610.

Strategi itu termasuk menggunakan kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh (ROV).

Syauqi berkata penyelamat dari agensi keselamatan seperti Tentera Laut dan polis turut dihantar untuk ‘menggeledah’ kawasan tersebut.

Katanya, mereka juga merancang untuk menggunakan kapal kren pada Jumaat untuk mengangkat serpihan gear mendarat.

Namun Syauqi berkata pasukan tidak menerima isyarat ping dari kokpit perakam suara (CVR) yang merekodkan perbualan antara juruterbang dan pembantunya.

Ia dijangka terbenam pada kedalaman 35 meter di dasar laut. – cnn.com

NAHAS LION AIR : Kotak Hitam Pecah

Kotak hitam pesawat Lion Air, JT-610 yang ditemui pagi tadi didapati pecah dan operasi diteruskan bagi mencari bahagian lain kotak hitam berkenaan.

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Mohamad Syaugi berkata, kotak hitam itu mungkin pecah akibat hentakan kuat ketika pesawat terhempas.

VIDEO:

NAHAS LION AIR : Kotak Hitam Pecah

NAHAS LION AIR : Kotak Hitam PecahKotak hitam pesawat Lion Air, JT-610 yang ditemui pagi tadi didapati pecah dan operasi diteruskan bagi mencari bahagian lain kotak hitam berkenaan. Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Mohamad Syaugi berkata, kotak hitam itu mungkin pecah akibat hentakan kuat ketika pesawat terhempas.

Posted by Buletin TV3 on Thursday, 1 November 2018
sumber: mstar , hangat

Post a Comment

0 Comments