Bayi Maut Di Perkosa Suami Pengasuh,Ibu Cerita Kisah Sebelum Tragedi

Bayi Maut Di Perkosa Suami Pengasuh,Ibu Cerita Kisah Sebelum Tragedi

Bayi Maut Di Perkosa Suami Pengasuh,Ibu Cerita Kisah Sebelum Tragedi

KUALA LUMPUR: “Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia, kelmarin, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, Rabu lalu.



Menurut Noraihan, dia dimaklumkan oleh pihak polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga sepenuhnya anak perempuannya sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki berkenaan, berusia 28 tahun, 21 September lalu.

“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

“Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.

“Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.

“Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.


NORAIHAN Ab Aziz, 22, bersama anaknya, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal berusia 11 bulan yang maut selepas didera secara fizikal dan seksual, kelmarin.
“Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.


“Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang yang memaklumkan anak sedang tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital berkenaan oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal,” katanya.

Katanya, ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.

“Hasil bedah siasat, saya dimaklumkan terdapat tiga bahagian pada kepala Zara retak, selain tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.

“Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.

Dia memaklumkan pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain,” katanya.

Moraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.

“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.

“Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan,” katanya yang memaklumkan Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi, semalam.


ZARA selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi, semalam.
Sumber: BH Online

Post a Comment

0 Comments