Mak Tetap Nak Cium Ilham’ - Semalam jam 5.45 petang jasad anaknya, Muhammad Ilham Fahmy, 17 dapat juga ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR). Kira-kira 800 meter dari tempatnya terjatuh.
Ibunya terus saja menyertai anaknya sampai ke tempat pengurusan jen azah. Sewaktu di situlah berlaku kejadian sayu yang disaksikan sendiri oleh Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.
Catatan Ustaz Rafie begitu sayu. Menyentak tangkai hati sesiapa pun yang bergelar ibu. Mengundang kembali air mata kerinduan, buat insan-insan yang pernah meninggalkan ibu kembali ke kampung abadi.Walau Dah Mula Berbau, Ibu Peluk Jas ad Anak Buat Kali Terakhir
Mak Nak Cium Ilham
Jenazah mang sa lem as Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.
Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jena zah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.
Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.
“Ilham.. Mak sayang Ilham.. Mak nak cium Ilham..,” rintih ibunya perlahan sambil mendakap sayu jasad anaknya itu.
Erat Pelukan Ibu, Bagai Tak Mahu Dilepaskan
Walaupun jasad jen azah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.
Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walau bagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.
Seorang Demi Seorang Rakan Mengucup Wajah Arwah Buat Kali Terakhir
Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.
Arwah dilaporkan jatuh le mas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lem as dan ma ut di tempat kejadian.
Jena zah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”
Sumber/Foto : Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi, Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Majlis Usrah Nur Fattah
0 Comments