VIDEO Zamani Menangis,Semua Hadirin Bagi Semangat

VIDEO Zamani Menangis,Semua Hadirin Bagi Semangat

VIDEO Zamani Menangis,Semua Hadirin Bagi Semangat

KUALA LUMPUR – Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, penyanyi Zamani gagal melontarkan suara bagi menyanyikan lagu tugasannya, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima Gegar Vaganza 5 hari ini

Zamani, yang duduk di atas kerusi dilihat menangis dan tunduk memandang lantai apabila gagal mengeluarkan suara sementara band iringan telah mula memainkan muzik.

Bagi menaikkan semangat, penonton dan pengacara, Nabil Ahmad serta Jihan Muse sama-sama menyanyikan lagu berkenaan sehingga selesai.

Juri, Datuk Ramli MS meminta Zamani menyanyikan lagu tersebut kembali dalam nada rendah, tetapi Zamani tetap tidak boleh menyanyi.

Menurut Ramli, suara Zamani telah ‘koyak’ dan meminta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak produksi tentang status Zamani dalam program berkenaan kelak.

Dalam pada itu, penaja utama program tersebut, Datuk Aliff Syukri turut memohon pihak Astro untuk tidak menyingkirkan Zamani pada minggu ini kerana menyifatkan penyanyi itu berani berdepan cabaran walaupun mempunyai masalah kesihatan. – K! ONLINE
VIDEO:
Zamani
Walaupun kurang sihat, @zamanislam_official tetap berjaya menawan hati seluruh penonton yang hadir! 💪🏼 #GV2018 #GegarVaganza undi bintang #GV5 sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini di www.gegarvaganza.com.my
Posted by Gegar Vaganza 5 2018 on Sunday, 28 October 2018

 Dalam pada itu, penaja utama program tersebut, Datuk Aliff Syukri turut memohon pihak Astro untuk tidak menyingkirkan Zamani pada minggu ini kerana menyifatkan penyanyi itu berani berdepan cabaran walaupun mempunyai masalah kesihatan. – K! ONLINE
VIDEO:


Post a Comment

0 Comments