Tumor Otak Anak Bob Lokman Yang Taat Meninggal Dunia

Tumor Otak Anak Bob Lokman Yang Taat Meninggal Dunia

Tumor Otak Anak Bob Lokman Yang Taat Meninggal Dunia

Damailah Mohd Adam, Anak Yang Taat.


 Telah kembali kerahmatullah anakanda abang Bob Lokman, Mohamad Adam jam 12.00 malam lebih, dia rebah diberanda rumah . 

Malam jumaat yang membahagiakan, tiba-tiba lolongan telefon dihujung katil memaksa aku bangun sambil mulut meluahkan rasa tak puas hati pada penganjur ceramah yang kurang adab menelefon jam 12.30 malam . 

Ohh bukan mana-mana penganjur ceramah tetapi ustaz Nazri Kelang memaklumkan anakanda Bob Lokman rebah tak sedarkan diri.

Aku terus mendail Abang Bob, esakannya pecah sehingga kabur percakapan dan yang aku pasti nama Adam disebut--sebut dalam sedu sedan Timbalan pengerusi LESTARI itu. 

Tanpa perlukan masa yang panjang, aku dan Faizal berdesut ke Sungai Buluh , bersama bagasi yang akan dibawa ke lokasi bencana, kota Palu." Adam dah tak ada" bunyi suara Ustz Nazri dihujung telefon

. Anak muda 25 tahun ini adalah tongkat Abang Bob, dia menderita tumor otak saat berusia 8 tahun.

 Mereka berdua kemana- mana bersama , sehingga ke Pulau Banggi di Sabah. Minggu lepas mereka berdua membuka warung makan di masjid Ittisam TTDI Jaya. 

Adam menyuguhkan aku dua bungkus nasi kukus, tiada tanda dia sakit dan meninggalkan alam fana ini. Dengan senyuman khasnya melihat ayahnya bergurau denganku.

 Empat hari lepas dia ke rumahku, mengambil bekas makanan kerana mereka berdua menyediakan sarapan nasi dagang untuk 45 orang pelajar- pelajar Tahfiz an nur.

 Anak muda ini terlalu istimewa, menyuapkan makanan pada bapanya, menemani bapanya dalam apa jua keadaan. Moga damailah Mohd Adam dialam sana.



 Telah kembali kerahmatullah anakanda abang Bob Lokman, Mohamad Adam jam 12.00 malam lebih, dia rebah diberanda rumah . 

Jam 2.00 pagi kami berhimpun di rumah abg Bob , euforia kesedihan kami kongsikan , mendoakan Adam dan menemani Abg Bob..

Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tak berpisah dengan ayahnya.

 Aku terbayang2 senyum dan ketawa kecilnya , menyuap makanan pada ayahya di hospital.


 Mereka berdua terlalu rapat, Adam mengikuti merata tempat pgram dakwah Abg Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, menyambangi seluruh negara.. 

Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor . 

Esok solat jenazah Adam di masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat. Saya mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman2 untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti pada keluarga. 

Moga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman.

sumber :Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor

Post a Comment

0 Comments