Tak Mampu Bayar Sewa,Tujuh Beranak Tinggal Bawah Jejambat

Tak Mampu Bayar Sewa,Tujuh Beranak Tinggal Bawah Jejambat

Tak Mampu Bayar Sewa,Tujuh Beranak Tinggal Bawah Jejambat

KUALA LUMPUR — Tujuh beranak terpaksa hidup bawah jejambat di Desa Park City, Kepong akibat masalah kewangan.
Nasib keluarga itu mula ditular seorang guru kepada salah seorang anak keluarga yang menetap dalam khemah selepas beberapa hari tidak hadir ke sekolah.

“Di khemah merah kecil itulah tempat muridku tidur enak diulik mimpi. Sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah,” luah Amaliah Ibrahim di Facebook.
“Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri lumpur untuk sampai ke destinasi yang dituju.
“Sedih, sayu. Insya Allah kami yang bertanggungjawab akan cuba membantu secepat mungkin sediakan tempat yang lebih selamat untuk keluarga ini,” catatnya lagi.

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Facebook 22 September lalu berkata pihaknya sudah melawat keluarga “Encik Ali” yang hidup gelandangan bersama isteri dan lima anak.
Katanya, Ali yang sebelum ini tinggal di Flat Flora Damansara dan pernah menerima bantuan deposit sewa rumah Lembaga Zakat Selangor gagal membayar tunggakan sewa rumah.
Sementara itu, Amaliah dalam status terkini kelmarin berkata masalah penempatan keluarga itu dapat diselesaikan baitulmal dalam tempoh seminggu.
Katanya pihak sekolah turut menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga terbabit. – 
Update status terkini :
Bg sesiapa yg berminat utk menyumbang sedikit derma blhlah menyumbang ke akaun mak pelajar tersebut.
Akaun maybank
Nama pemegang akaun (mak pelajar) : SALBIAH BT HUSSEIN
No. akaun 1642 7667 3054

Alhamdulillah...dah follow up baitulmal wilayah, dan baitulmal memaklumkan bahawa penempatan akan diselesaikan selewatnya dlm tempoh seminggu.
Dan petang tadi, pihak sekolah telahpun menghulurkan sedikit sumbangan barangan dapur utk meringankan beban keluarga tersebut.
Terima kasih diatas sumbangan pihak anda semua.
Semoga kita semua dan keluarga terbabit khususnya sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.. Insha Allah..

Post a Comment

0 Comments