PETALING JAYA: Salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamatkan seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dipercayai sempat memuat naik posting berkaitan kematian di akaun Facebooknya sebelum dilaporkan maut.
Posting terakhir menyentuh hati itu dipercayai ditulis anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Adnan Othman, 33, dan mula dikongsi netizen sejak pagi Khamis.
Posting menggunakan akaun Adnan Othman Tokey Gula berbunyi "Pilihan kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang, dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati. Apa pilihan kita?? TIADA... yang pasti tetap mati."
Posting terakhir dipercayai ditulis Adnan.
Ia dipercayai ditulis mangsa beberapa jam sebelum menyertai operasi menyelamat pada malam Rabu.
Posting tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai nasib yang akan menimpanya.
Selain itu, Adnan juga gemar bercerita mengenai tugas mencabar seorang anggota bomba di Facebook miliknya.
Netizen turut meluahkan rasa simpati mereka di ruangan komen posting tersebut.
Selain Adnan, lima lagi anggota yang maut adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.
Kesemua mangsa lemas selepas dipercayai bergelut di kawasan pusaran air yang deras sebelum peralatan menyelam berputar dan gagal keluar dari pusaran.
Mereka kemudian berjaya ditarik ke tebing namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Malah pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memulihkan mangsa dengan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tidak berjaya.
”Masih terbayang wajah mereka didepan mata, masih terdengar suara meminta tolong dari mereka. Terpaksa masuk dalam air jugak malam tadi bagi membuka ikatan tali yang membelit mereka,” katanya.
Muhd Azrul turut berkongsi bahawa bantuan pernafasan mulut ke mulut juga diberikan kepada wira-wira penyelamat berkenaan dengan operasi turut dibantu oleh agensi-agensi lain.
”Bag valve mask yang terhad so aku terpaksa guna mulut jugak untuk CPR malam tadi. Kami juga dibantu oleh EMRS bomba serta APM di lokasi kejadian,” katanya lagi.
Dia kemudian turut memaklumkan bahawa ketika bantuan pernafasan diberikan, sebahagian daripada tubuh badan pasukan kecemasan berada di dalam air, namun kesemua enam wira berkenaan ditakdirkan sudah menemui ajal masing-masing.
”Walaupun sebahagian tubuh kami didalam air, kami teruskan CPR demi menyelamatkan 6 wira yang terkorban dalam tragedi Oktober. Tetapi Allah lebih sayangkan mereka, mereka pergi sebagai wira.”
Al-Fatihah untuk kesemua enam wira penyelamat. Semoga roh dicucri rahmat.
Sumber : Mohd Azrul

0 Comments