KAJANG: Keadaan penyanyi, Saleem, 56, dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Mahkota Cheras, di sini, semalam.
Motosikal yang dinaiki penyanyi Suci Dalam Debu itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menyebabkan dirinya tercampak.
Isterinya, Juriah Bachok, berkata keadaan Saleem parah, malah hanya sedar sebanyak dua kali, hari ini.
“Dua belas tulang rusuknya patah dengan satu daripadanya tercucuk pada paru-paru. Pemeriksaan doktor turut mendapati berlaku pendarahan pada otak kiri. Dua batang giginya juga patah dalam kejadian itu.
“Doktor terpaksa menebuk paru-paru Saleem untuk membolehkannya bernafas dengan oksigen.
“Semalam, ketika ambulans menghantarnya ke Hospital Kajang, suami masih boleh mengangkat tangan dan mengatakan ‘okay’, tetapi keadaannya menjadi kritikal tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.
Menurut Juriah, suaminya ditempatkan di zon merah apabila pernafasannya mula tidak stabil dan diletakkan dalam keadaan koma.
“Sekitar jam 1 pagi, suami sedar, tetapi hanya tangan dan kaki yang digerakkan. Hari ini, keadaannya dilihat agak kritikal dan hanya dua kali dia sedar,” katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.
Juriah juga berkata, suaminya mampu membuka mata buat seketika selain menggerakkan bibir, tanpa mengeluarkan suara.
“Saya sedih melihat keadaan suami. Seumur hidup dia tidak pernah mendapat kecelakaan.
“Setiap kali sedar, Saleem mengalirkan air mata, mungkin menahan sakit yang teramat sangat. Apapun, saya dan keluarga reda ujian Allah ini.
Ayah Mula Sedar Tapi....Anak Cerita Detik Akhir Sebelum Saleem Hembus Nafas Terakhir
“Saya mohon semua orang mendoakan agar Saleem cepat sembuh,” katanya.
Katanya, dia maklum mengenai kejadian menimpa suaminya selepas mendapat panggilan daripada orang awam sekitar jam 3.45 petang, semalam.
“Mujurlah suami masih dapat mengingati nombor telefon saya dan meminta orang yang membantunya menghubungi saya.
“Mulanya, saya mahu ke tempat kejadian, tetapi diberitahu ambulans sudah membawa suami ke Hospital Kajang, jadi saya terus ke sana.
“Saya dan anak-anak terkejut melihat keadaan suami yang sudah menggunakan oksigen untuk membantu pernafasannya ketika dalam ambulans,” katanya yang kini berusaha untuk membawa suaminya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi.
Jenazah penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.
0 Comments