Seorang remaja 18 tahun ditemui mati bersama bayi lelaki di tandas rumah di Parit Buntar, Perak. Remaja itu dipercayai meninggal dunia ketika melahirkan bayi tersebut.
Menerusi laporan Harian Metro, pada pagi semalam mangsa meminta izin menggunakan tandas bilik tidur utama kerana sakit perut dan sembelit. Selepas beberapa jam ibu bertindak memecah masuk dan menemui mangsa terbaring tidak sedarkan diri.
Arwah mengadu sakit perut
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman memberitahu mangsa ada meminta kebenaran ibu menggunakan tandas bilik tidur utama kerana sakit perut.
Kira-kira jam 10 pagi (semalam), ibunya sekali lagi memanggil remaja terbabit dan dia sekali lagi menjawab masih belum selesai menggunakan tandas terbabit.Ibu si mati dan anak bongsunya berulang kali bertanya keadaan remaja terbabit dan menerima jawapan sama daripada mangsa sehinggalah dia tidak lagi memberikan sebarang reaksi jam 2 petang.
Berikutan itu, ibu mangsa bertindak memecahkan pintu tandas dan mendapati mangsa tersandar di dinding tidak sedarkan diri dan pucat lesi berlumuran darah selain mendapati terdapat objek dan darah di dalam mangkuk tandas.
Namun selepas 30 minit, mangsa masih belum ‘selesai’ dan ibu ada memanggil untuk memeriksa keadaannya. Anak kelima daripada enam beradik itu walaubagaimanapun memberitahu mangsa mengalami sembelit.
Beberapa jam kemudian, ibu memecah masuk dan mendapati mangsa terbaring berlumuran darah. Di dalam mangkuk tandas ada seorang bayi yang sudah tidak bergerak.
Menurut Yahya Abd Rahman lagi, pasukannya tiba di lokasi kejadian jam 2.45 petang dan mendapati remaja dan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.
Difahamkan, remaja itu masih belum berkahwin dan mengandung di luar pengetahuan ahli keluarga. Jiran mangsa yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali meminta media menghormati situasi yang dialami keluarga mangsa.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Buntar bersebelah Masjid Daerah Kerian, petang hari ini.
0 Comments